Wednesday, October 21, 2009

Dedikasi khas untuk sahabatku


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

Sunday, October 18, 2009

Musibah demi musibah..



Adalah sesuatu yang pasti iaitu setiap daripada kita tidak pernah lari daripada ditimpa musibah dan bencana. Hatta Rasulullah SAW sendiri tidak pernah lekang daripada dilanda pelbagai musibah. Kadang-kadang kita terfikir, apakah yang membuatkan kita sering sahaja ditimpa berbagai-bagai musibah? Sehinggakan seolah-olah kita merasakan hanya diri kita sahaja yang banyak dilanda musibah.

Allah berfirman:

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

Pernah suatu ketika, saya ada menonton satu rancangan yang dikendalikan oleh Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah dan beliau membicarakan mengenai perkara ini iaitu musibah. Menurut beliau, ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang itu dilanda musibah. Antaranya ialah:

1) Allah sayang kepada kita.

2) Allah mahu menyuci dosa kita disebabkan oleh dosa kita yang banyak.

3) Allah mahu menguji seteguh mana kekuatan iman kita.

4) Allah mahu mengangkat martabat kita.

5) Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Tetapi hamba-hambaNya yang menzalimi diri sendiri.

6) Setiap kebaikan bermula dengan musibah.

7) Untuk menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa.

8)Kita tidak mengenal diri sendiri. Perlu muhasabah diri tentang kesalahan yang telah kita lakukan.

9) Allah mahu beri yang lebih baik.

10) Sebab terlalu gopoh gapah dalam melakukan sesuatu perkara.



Itu adalah antara 10 perkara yang menjadi punca seseorang ditimpa musibah. Selain daripada itu, Dato’ juga telah berkongsi cara-cara ketika menghadapi sesuatu musibah. Antara teknik atau cara yang boleh digunakan ialah:

1) Menukar paradigma dengan merasakan musibah adalah tanda Allah sayang kepada kita.

2) Cuba menukar keadaan persekitaran kalau ada masalah.

3) Mengambil wudhu’, minum air atau menghirup udara segar.

4) Muhasabah diri. Terus tanya diri sendiri bagaimana musibah boleh menimpa diri kita yang mungkin disebabkan oleh dosa kita.

5) Berkongsi dengan sahabat yang setia.

6) Sentiasa senyum apabila menghadapi musibah.

7) Menunaikan solat taubat dan beristighfar.

8)Memperbanyakkan doa. Jangan sombong untuk berdoa kerana orang yang tidak berdoa boleh dianggap sombong dengan tuhan.

9) Sabar dan redha kerana Allah ingin mengangkat martabat. Ujian yang diberikan Allah adalah berdasarkan kemampuan insan.

10) Menunaikan solat sunat hajat.

11) Cuba lihat kepada orang yang lebih hebat ditimpa musibah.

12) Mendoakan kepada orang lain supaya Allah boleh selesaikan masalah dia.

13) Selalu ziarah untuk eratkan silaturrahim.

14) Menyuci hati dan sentiasa minta nasihat.

15) Jangan lupa untuk membaca ‘innalillahi wa inna ilaihi raji’uun’ ketika ditimpa musibah.

Begitulah kita sebagai insan yang lemah dan serba kekurangan yang tidak dapat mengelak daripada dilanda musibah. Cuma satu perkara yang pasti adalah setiap sesuatu perkara yang berlaku adalah ujian daripada Allah.

Allah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-’Ankabut: 3-4). Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia. Allah berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya…" (Al-Baqarah: 286)

Wallahu ‘alam…

Thursday, October 15, 2009

Kelegaan demi kelegaan


Alhamdulillah..hari terakhir kelas for 2009 <16.10.2009>..berakhir dengan presentation terakhir untuk tahun ini..lega, lega dan lega..setelah melalui tahun ketiga di university, memang makin mencabar tapi sebenarnya kita MAMPU melaluinya..teringat kembali detik2 memilih paper semasa course approval..seboleh2nya mahu mengelakkan diri dari sebarang paper yang melibatkan byk prsentation, tapi takdir Allah mengatasi segalanya..required paper mmg byk melibatkan presentation..either in group or individually..tahun ni sahaje sudah lebih dari 5 presentations besar telah dilalui (xde la byk sgt pun ;))..Alhamdulillah, sebenarnya diri tu boleh bercakap in public..dan presentation hari ni pun tak melibatkan latihan yang banyak ( x praktis sgt pun sbb mcm confident sket, bukan riak..saje nk share pengalaman ;) ade la praktis2 sket masa on d way g kelas pagi tadi ;)) Apabila dah tahu nk present apa, diri rase x cuak sgt..lain la kalau blur nak bentang ape or x faham ke apa yg bakal dibentangkan, itu memang bakal mengundang kenervousan tahap yang tinggi..huhu..

Sebelum start prsentation tadi, byk kali jugak la baca doa Nabi Musa..

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku"

Ye, doa tu penting sebab yang mengizinkan lidah itu menjadi lancar berkata2 adalah Allah, yang mengizinkan setiap patah perkataan lahir dari bibir kita juga adalah Allah..yang mengizinkan audience untuk faham pun Allah, dan yang menenangkan hati saat hati berdengup kencang menunggu turn juga adalah dengan izin dan kehendak Allah..semuanya berlalu dengan izin Allah..Alhamdulillah~

Teringat juga lirik lagu Raihan bertajuk Puji-Pujian yang popular masa zaman muda remaja dulu..

Bila DiPuji Kejayaan Kita
Sebenarnya Bukan Milik Kita
Oleh itu Sedarlah Sentiasa
Semuanya Dari Allah

Tidaklah mahu mengatakan cikgu Chris Brown memuji presentation tadi, tapi just nak ingatkan diri yang kejayaan sebenar itu dari Allah bukan sebab kita pandai ke apa ke..dapat tajuk yang 'agak best' pun sbb Allah izinkan..Alhamdulillah, segala puji hanya layak bagi Allah..

Perasaan terkilan ade gak dtg 'mengacau' saat duduk kembali after prsentation td.." Alamak, ade beberapa points lupe lak habaq mai kat depa td..rugi2..points menarik," keluh hati kecil..Biaselah bila saat2 nervous tu, planning kat kepala lari, so ckp je la apa yg ingat..haa pandai sgt xnak buat nota-to-be-read.."xpe2..Allah tak izinkan la tu", pujuk hati..maka, tenang la sikit rase..Mende yang sama gak sering terjadi after bentang dalam halaqah ataupun program umum, dah plan nk cakap apa tapi kalau Allah x izinkan tu, memang tak kan lahir dari bibir kita la, betul tak?So xpe la, Allah lebih tahu bila waktu terbaik utk cakap certain2 things tu..

Moral : Allah akan menguji apa yang sesuai dengan kemampuan kita kerana Allah tidak sekali-kali menzalimi hambaNya (hakikatnya, hambaNya yang sering menzalimi diri mereka sendiri..huhu)

Alhamdulillah untuk semangat yang kian pulih ^0^

Monday, October 12, 2009

Telah 8 tahun..

Telah 8 tahun dia pergi..
Telah 8 tahun aku bersendiri..
Telah 8 tahun kami sentiasa merindu..
Telah 8 tahun kisah duka itu berlalu..
Sejak itu..
Dia tiada lagi disisiku..
Untuk tersenyum bersamaku..
Untuk mendengar segala ceritaku..
Untuk memujukku..
Aku rindukannya..
Aku rindukannya senyumannya yang melegakan..
Aku rindukan wajahnya..
Aku rindukan pelukannya..
Aku rindu untuk mencium tangannya..
Aku rindukan nasihat dan kata-kata semangatnya..
Dan aku rindukan kasih sayangnya..
Ya Allah..aku benar-benar rindukannya...
Sejak dia tiada..
Aku tiada lagi tempat untuk meluahkan segalanya..
Tiada lagi tempat untuk mengadu segala masalah di hati..
Tiada tempat untuk bercerita itu dan ini..
Sejak itu..
Segalanya cuba disimpan di dalam hati..
Disimpan sendiri..
Ditanggung sendiri..
Segala ditanggung sendirian oleh hati..
Terasa sungguh kehilangannya saat ini..
Pernah aku bertanya..
Pernah aku mempersoalkan takdir Ilahi..
Kenapa Allah mengambilnya dari aku?
Kenapa secepat itu..?
Kenapa Allah memilih aku dan adik2ku untuk kehilangan seorang ibu..?
Kenapa..?
Namun tika itu segala pesoalan itu hanya hanyut tanpa jawapan..
Kami masih kecil untuk menerima ketentuan takdir..
Kami hanya pasrah membiarkan jasad ibu dibawa pergi..
Aku masih belum puas menerima kasih sayangnya..
Aku masih muda untuk ditinggalkan..
Aku masih belum sempat untuk membalas jasanya..
Aku masih memerlukannya..
Saat ini dan tika ini..
Saat hatiku dan imanku hebat duji Ilahi..
Saat aku hampir lemah tak mampu lagi berdiri..
Aku benar2 inginkan dia disisi..
Aku inginkan dia untuk memujuk hati yang melara ini..
Aku perlukannya untuk menenangkan jiwa yang lemah ini..
Ya Allah..
Jangan Kau biarkan aku sendiri lagi..
Hanya padaMu jualah aku menyerahkan diri..
Kurniakanlah segala yang terbaik untuk hambaMu yang byk khilaf ini..
Bimbinglah hambaMu ini..
Untuk meneruskan langkah-langkah2 ini..
Walaupun tanpa ibu yang disayangi di sisi..
Telah 8 tahun dia pergi..
Namun aku masih menangisi..
Hanya doa yang mampu kukirimkan..
Untukmu ibuku..
Moga ibu aman dan tenang di sana..
-Al Fatihah-

Saturday, October 10, 2009

Sediakan dirimu..


“Janganlah kesusahanmu itu menyebabkan kita berputus asa daripada rahmatNya. Kalau kita memilih iman kepada Allah sebagai keyakinan, maka bersedialah untuk diuji. Ketahuilah saudaraku, ditetapkan kesusahan dahulu kepada orang beriman dan kesenangan akan menyusul kemudian. Janganlah kita terpesona dengan kemewahan orang yang tidak beriman di dunia ini, untuk mereka kesenangan dahulu dan kesengsaraan kemudian. Kita bukanlah orang paling malang di dunia ini. Ada orang yang lebih malang nasibnya. Kalau mahu terlepas daripada kesempitan yang kita alami, sediakanlah diri kita untuk membantu kesusahan orang lain dalam apa jua keadaan sekali pun. Semoga segala masalah yang kita hadapi segera diganti dengan kesenangan di dunia, atau kesenangan akhirat pasti menanti kita. Itulah kesenangan yang hakiki dan abadi..”

Dipetik daripada buku Travelog Seorang Da’i- Ustaz Abdul Rahman Mohamed.
~8~
Pasti pernah mendengar ucapan PERLU LEBIH KUAT KERANA HIDUP AKAN LEBIH SUKAR.. Itu tajuk sebuah artikel yang saya baca suatu masa dahulu. Benar sekali ungkapan tersebut..Masa berganti masa, waktu demi waktu, tahun demi tahun akhirnya kita sampai ke peringkat umur ini. Umur yang orang kata sudah boleh berfikir sendiri, boleh membezakan yang benar dan yang salah, atau in general DAH BESAR! Dan satu fakta reailiti kehidupan sebagai seorang yang dah besar ini, hidupnya juga semakin complicated. Semakin banyak tanggungjawab yang digalas di bahu sesuai dengan peningkatan usia. Allah itu Maha Adil, xkan memberikan sesuatu yang di luar kesanggupan dan kemampuan hambaNya. ;)
Umur makin lanjut, tanggungjawab makin banyak, ujian hidup juga pasti lebih getir.
Umpama belajar, makin besar, makin susahnya belajar..makin advance...Tapi sedar x sedar, tahap kesusahan itu sesuai/ seiring dengan usia dgn tahap kita. Ambil contoh main games, x kisah games pacman ke, bomberman ke, sudoku ke, hangman ke; apabila kita dah dapat menguasai level satu, pasti kita akan naik ke level dua, tiga, empat dan seterusnya sehingga level yang paling org x boleh nk lawan. Sesuai x dengan kita? Sudah tentu sesuai. Xkan selama2nya nak berada di level satu..boring dan x mencabar! Sbb dah terer di level pertama, so that kita up to next level. Begitulah kehidupan, belajar pun. Kalau dah menguasai tahap pertama, pelajaran ilmu tu sepatutnya meningkat ke tahap yg lebih tinggi (disebabkan kita dah menguasai 1 + 1 = 2, so then kita belajar x + y = z pulak ^0^ ). So, tidak seharusnya kita asyk komplen susah je, sbb sudah pasti ilmu yang kita belajar pada tahap tu adalah sesuai dengan kita dan disebabkan kita dah kuasai level yang sebelumnya ;) andai gagal dengan level yang sebelumnya, sudah pasti susah nak berjaya di next level. (motivasi buat penulis)
Ujian hidup pun sama. Dah besar2 ni la akan diuji dengan masalah keluarga, masalah duit, rumah, kereta,hati etc etc. Kecik2 dulu x kisah pun pasal perkara2 ni, x ambil `pot' orang kata. Dapat 50 sen pun dah boleh tersenyum sepanjang hari sebab dapat beli aiskrim batang perasa milo 20 sen (mahal sket la) plus twities kecik harga 30sen. X kisah pun pasal duit nak banyar bil letrik ke, bil tepon ke, beli buku belajar ke. Sebab kecik2, ilmu ttg kehidupan amat kurang. Sesuai la tu dengan ketidakmatangan kita. Main je 24 jam. X main, makan atau tidur. X payah fikir apa2, xdek jerawat keluar, rambut pun x beruban. ;) Then bila dah besar, makin matang, makin kenal asam garam gelugur kehidupan, makin banyak juga ujian2nya yang sesuai dengan tahap kita. Bersedialah wahai diri!~
Ujian keimanan juga sama. Iman ini sentiasa akan diguncang hebat oleh pelbagai bentuk dugaan. Apa tujuaannya? Untuk mengangkat darjat kita, insyaAllah. Kalau kita lepas, insyaAllah darjat kita di sisi Allah tu akan bertambah/naik. tapi andai gagal? ujian yg sama tu akan datang lagi (mungkin dalam bentuk yang lain pulak). Diuji, diuji dan terus diuji sampai lah kita berjaya melepasinya (up to next level). dan perlu ingat, apabila berada di next level, Ujian yang lebih mencabar sedang menanti kita. InsyaAllah pasti pada tahap sekian2, ujian itu adalah bersesuaian dengan tahap iman kita. Maka, sediakan dirimu untuk masa hadapan (next level) yang pasti lebih getir.