Saturday, November 28, 2009

Terpaut

Hati saya terpaut pada dua selawat di bawah ;)
Nowseeheart - Selawat Murah Rezeki




Nowseeheart - selawat pelindung diri




Thursday, November 26, 2009

Siapa aku utk menyoal?

Esok ialah Hari Raya Aidiladha 1431H di New Zealand. Lewat sehari dari Malaysia. Adiladha atau hari raya korban. Mengorbankan binatang yang layak dikorban. Mengajar diri untuk menghayati erti sebuah pengorbanan di balik sejarah agung kisah pengorbanan Nabi Ismail dan ayahnya Nabi Ibrahim. Mengajar erti taat tanpa batas kepada sang Pencipta. Mengajar erti ikhlas dalam menunaikan ketaatan kepada Allah. Mengajar betapa tinggi tahap iman mereka dibandingkan dengan kita, umat hari ini. Makin tinggi iman, maka makin hebat diri diuji. Itulah mereka, para nabi, ujian buat mereka menjadi tauladan kepada umat hari ini.
Kali kedua membaca artikel Ustaz Hasrizal bertajuk Kamu Sentiasa Layak Diuji membuahkan satu kefahaman yang berbeza dari kali pertama aku membacanya. Cukup terkesan kepada hatiku. Terasa sungguh Allah mengingatkan diriku kepadaNya dan mengingatkan padaku semula hakikat aku sebagai seorg hamba. Seorg hamba..hamba yg sentiasa layak diuji. Siapa aku utk melawan kehendak Ilahi kerana hakikat aku adalah hanya seorg hamba, milik mutlak Sang Pencipta. Maka memang patut dan layak aku ini diuji. Menarik analogy yang dibawakan oleh Ustaz dalam artikel tersebut,sesuai dgn aidiladha yg bakal dilalui esok. Sebagai pemilik mutlak kambing2 di bawah ternakannya, pemilik tersebut bebas memilih ayah/mak/anak kambing utk dikorban tanpa perlu meminta izin dari keluarga kambing tersebut. Kembalikan konsep ini kepada kehambaan kita pada Allah. Allah penguasa mutlak terhadap manusia yakni hamba-hambanya. Maka Dia berhak memilih sesiapa sahaja utk diujiNya,tanpa batas,tanpa perlu meminta izin sesiapa, samada mahu menguji ibu atau anak, abang atau adik dsb. Dan sudah pasti Dia tahu kenapa Dia memilih kita untuk diuji. Kenapa kita? dan kenapa ujian itu dihadiahkan buat kita? Kerana Dia tahu. Dia Maha Tahu apa yg terbaik untuk hambaNya dan Dia juga Tahu kemampuan hamba2Nya..Sungguh besar rahmat ujian utk kita sebenarnya, hanya hamba yang tidak sedar hakikat diri sebagai seorg hamba yang sering mempertikaikan kenapakah aku yang diuji, kenapa aku, kenapa ini, kenapa itu..? Allah menyuruh kita menyingkap tabir maknawiyah takdirNya dan ujianNya kerana Dia ingin memberikan sesuatu yang berharga di sebalik semua 'keperitan' ini..Sungguh Dia Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya dan tidak menzalimi hambaNya..
Selepas membaca keseluruhan artikel tersebut, membawa aku kembali berfikir sejauh mana aku ikhlas dalam menjalankan ketaatan kepadaNya, sejauh mana aku ikhlas meninggalkan segala laranganNya, sejauh mana aku ikhlas membantu ayah, ibu serta adik2ku, sejauh mana aku ikhlas dalam wasilahku utk memperbaiki diri, sejauh mana aku ikhlas menyayangi insan2 yg berada di sekelilingku, sejauh mana aku ikhlas melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, sejauh mana aku mengikhlasan diriku melaksanakan kesemua perintah2Nya..Sebagai hamba yang penuh dhaif dan lemah, kadang2 aku boleh terlupa untuk apa kita melakukan semua ini..dan kadang2 niat juga boleh terpesong maka mudah sahaja lari jauh dari landasan keikhlasan berbuat sesuatu kerana Allah. Justeru ,di saat Tuhan menghadiahkan suatu musibah, suatu dugaan untuk menguji dan menzahirkan keikhlasan diri ini, maka mudahlah diri rebah dan mempersoalkan takdir dek kerana niat kita bukan semata2 ikhlas kerana Allah....MOga hati ini senantiasa ikhlas dalam menghambakan diri pada yg Esa..Amin~
*Muhasabah diri, Koreksi diri*

Tuesday, November 24, 2009

Usah putus asa

Alhamdulillah aku kini sudah boleh menarik nafas yang lega kerana kepastian yang telah lama ditunggu-tunggu akhirnya kini dalam genggaman..Alhamdulillah Tuhan tidak membiarkan aku berlama-lamaan di dalam sebuah ketidakpastian yang setiap masa menghimpit jiwa ;) Di saat aku mula bersedia menerima, Dia menghadiahkan aku sebuah kepastian..dan dengan izinNya juga aku redha untuk menerima segala ketentuan dariNya.. andai itu kehendakNya, aku pasti dan yakin itulah yang terbaik utk ku..Alhamdulillah keyakinan terhadap firman-firmanNya amat membantu mententeramkan hati.. ;) Lagu USAH PUTUS ASA ini menjadi halwa telingan dan penguat semangat tika ini..




Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah

Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengaduh

Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti

Cubalah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa

Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita meniti luka
Esok harap menjadi milik kita semula

Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun kehidupan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi


Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah dimpikan
Terus melangkah jangan menoleh lagi
Segala yang dimpikan menjadi pasti

Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan dan cita

Itulah janji dari Ilahi
Jika kau susah diakan pasti
Teruskan mendaki puncak yang tinggi
Capailah impi lukisan hati
Cubalah engkau terus mencuba
Hingga kau tiba ke puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita
Milik yang Esa
Ya milik yang Esa



Dan kabarkanlah kepada mereka tentang tamu-tamu Ibrahim.Ketika mereka masuk ke tempatnya, lalu mereka mengucapkan: "Salaam." Berkata Ibrahim: "Sesungguhnya kami merasa takut kepadamu." Mereka berkata: "Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi kabar gembira kepadamu dengan (kelahiran seorang) anak laki-laki (yang akan menjadi) orang yang alim." Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi kabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?" Mereka menjawab: "Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa." Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." [Surah Al-Hijr; ayat 51-56]



Saturday, November 21, 2009

Ketika hati mula merindu..


Perumpamaan perjalanan kehidupan..Kita adalah watak utama dalam perjalanan hidup kita, manakala setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita (keluarga, saudara-mara, sahabat, teman, malah kenalan kita) merupakan watak sampingan yang datang dalam hidup kita untuk mencoretkan sedikit sebanyak warna ke atas kanvas kisah hidup kita, mungkin banyak, mungkin sedikit..lalu terbentuklah satu kisah kehidupan mengenai diri kita =D

Lalu lumrah perpisahan atas setiap pertemuan pasti tetap terjadi, banyak sekali dalam kehidupan. Berjumpa dengan seseorang, kemudian berpisah dengannya lalu bertemu pula dengan orang lain dan kemudian berpisah pula dengannya..begitulah seterusnya..proses yang sama, berulang-ulang kali,bertemu dan berpisah, cuma yang membezakakan ialah watak2nya yakni orang2 yang telah Tuhan pertemukan dengan kita..Kemudian, setiap watak2 yang hadir dalam hidup kita menghasilkan pula memori yang juga berbeza-beza, yang dapat dan patut kita kenang sepanjang hidup kita, pasti ada memori manis tak kurang juga yang pahit.. kenangan demi kenangan kita kumpul dalam lembaran kehidupan..setiap watak/orang yang hadir menghasilkan sepotong episod lalu kita mengumpulkan episod2 tersebut dari kita kecil hinggalah ke saat roh meninggalkan jasad..Subhanallah, indah sungguh aturan hidup yang dikurniakan Ilahi..teringat pula lagu sepotong episod nyanyian edcoustic~

sebuah kisah masa lalu hadir di benakku
saat kulihat surau itu
menyibak lembaran masa yang indah
bersama sahabatku

sepotong episode masa lalu aku
episode sejarah yang membuatku kini
merasakan bahagia dalam deen-Mu
merubah arahan langkah di hidupku

setiap sudut surau itu menyimpan kisah
kadang ku rindu cerita yang
tak pernah hilang kenangan
bersama mencari cahayaMu


Perpisahan yang terjadi pasti membuahkan kesedihan (mostly walau x semua~ ;D) namun di balik perpisahan itu pasti tersimpan hikmahNya yang besar. Maka singkaplah tabir maknawiyah takdir Ilahi..andai itu kehendakNya, pasti itulah yg terbaik buat kita..

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia BAIK bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia TIDAK BAIK bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui [Al Baqarah; ayat 216]

**tika hati mula merindu insan2 yang hadir dalam hidupku, ku titipkan doa dari kejauhan, moga ukhwah yang terjalin ini ikhlas keranaNya dan moga sentiasa kekal dalam redhaNya**

Monday, November 16, 2009

Seketika ku terlupa...

Berchatting di YM dengan seorang adik juniorku tengah hari tadi telah berjaya membuka sedikit sebanyak mindaku ini..Alhamdulillah, peringatan dariMu tidak pernah putus..Engkau mewakilkan siapa sahaja yang terpilih untuk mengingatkan ku pada keagungan dan kebesaranMu..Alhamdulillah~

Bersendirian, dulu suka sekali duduk bersendirian kerana lebih tenang tanpa gangguan manusia. Tapi kini aku sedih bila sendirian, alasannya kerana sudah biase berteman barangkali..kali ini Tuhan menguji ku, dengan takdirNya, berkurangnya hosmet @ rakan @ kakak @ adik2 yang bersama berada di sini bagi menghabiskan cuti yg panjang ini dek kerana kebusyan masing2 dan ada yang sudah pulang ke Msia. berat juga dugaan ini bagiku,,kenapakah..? Lemah sungguh diriku sejak akhir-akhir ini.

Lalu dengan izinNya, seorang adik menegur ku di YM..berceloteh itu dan ini dengannya membuatkan aku lupa seketika dgn kesunyian yang menyelebungi hatiku..Alhamdulilllah, plus dia berkongsi denganku tentang apa yang diperolehinya sepanjang di Oklen (Auckland). Ada senior di sana yang sudi berkongsi tazkirah dengannya tentang surah ad-dhuha.. surah ad-dhuha yang sering ku baca ketika solat dhuha..surah yang sudah sedia dihafal sejak lama dahulu rupanya masih boleh membuatkan aku terdiam sketika saat ini.. Adik itu berkongsi ayat ke3 surah ad-dhuha iaitu ;

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu[1581].
**[1581]. Maksudnya: ketika turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. terhenti untuk sementara waktu, orang-orang musyrik berkata: "Tuhannya (Muhammad) telah meninggalkannya dan benci kepadanya." Maka turunlah ayat ini untuk membantah perkataan orang-orang musyrik itu.

Rupanya dalam kesunyian dan rasa sendirian ini, aku terlupa yang aku masih punya Allah sebagai peneman yang paling setia dan paling dekat. Benar, aku ditinggalkan oleh manusia, namun Allah selalu ada denganku. Sepatutnya aku tidak boleh rasa kesunyian atau bersendirian..kerana Dia ada..Dia sentiasa ada bersamaku..Patutkah aku lupa pada keberadaan Tuhan disisiku? Sepatutnya aku tidak terlalu sedih andai ditinggalkan oleh manusia atau berpisah dengan manusia lain kerana Allah is always there for me..for you..and for everyone..We are never alone~ Walapun ayat ini ditujukan khas untuk memujuk Rasulullah, namun kita juga perlu merasakan bahawa ayat ini juga ditujukan khas buat kita, hamba-hambaNya..TuhanMu tidak akan pernah meninggalkanmu, hanya dirimu sahaja yg sering meninggalkan Allah di saat hanyut dan leka dengan dunia.. Tuhan sentiasa ada bersama-samaku, maka tidak sepatutnya aku merasakan aku bersendirian ;)


Adik turut terkesan dengan ayat terakhir (ayat ke11) surah ad-dhuha ini;
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu nyatakan (dengan bersyukur).

Bercakap tentang soal nikmat ni memang byk..amat banyak hingga kita sendiri tidak akan mampu menghitung segala nikmat Allah itu..bermacam-macam malah nikmat2 tersebut tidak pernah putus dari kita..MasyaAllah!
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[ An-Nahl:ayat 18]

Adik turut berkongsi satu analogi menarik ttg bersyukur dengan nikmat Allah ni..Dan analoginya tepat terjadi pada diriku sendiri hari ini..Dianalogikan, andai kita mempunyai seorang teman yang disenangi dan disayangi, sentiasa berbuat baik pada kita dan sering juga memberi hadiah kepada kita, sudah tentu kita juga akan rasa nak bagi sumthing balik kepadanya sebagai tanda penghargaan atau terima kasih atau plg2 tidak sbg utk membalas jasanya..Begitulah juga halnya kita dengan Allah, Allah telah mengurniakan nikmatNya yg melimpah ruah pada kita, sudah pasti kita pun rasa nak balas sumthing (walaupun nilai balasan kita tu xkan pernah setanding dgn kurniaan Allah pada kita) iaitu dengan bersyukur kepadaNya..bersyukur bukan sekadar mengucapkan kalimah Alhamdulillah malah lebih dari itu..Praktikaliti bersyukur adalah dengan ikut segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya..as in buat apa yg Allah suruh dan suka, tinggalkan apa yg Allah benci..Bersyukur dengan cara meninggikan syariat Allah dalam kehidupan seharian kita, bersyukur dengan meningkatkan pengabdian kita kepada Allah..Skop bersyukur itu amat luas dan pelbagai pula caranya..maka perbanyakkanlah bersyukur wahai diri!~

Currently, listening to SegalaNya milik Mu by Mestica : tepat terkena & terkesan pada diri saat ini..alhamdulillah~

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan

Aku hanya akan hidup pada hari ini

Mata yang mengantuk di kala membaca pdf La Tahzan cuba ditahan sebaiknya. Kalau boleh, mahu benar2 memahami apa yang dibaca, supaya dapat terus menusuk ke hati..baca, baca dan terus membaca..laju sahaja kerana dalam bahasa ibunda sendiri..dan tiba-tiba terjumpa satu baris ayat magic ; AKU HANYA AKAN HIDUP PADA HARI INI..merupakan salah satu ayat motivasi diri ku kira..cuba kita baca lagi ayat magic tersebut..ada makna besar yang tersirat disebaliknya..



Bayangkan orang yang punya penyakit, yang sekurang-kurangnya dapat mengagak bila dia akan mati, setahun, 6 bulan, sebulan, 2 minggu, 5 hari dan seterusnya hingga hanya tinggal sehari sahaja lagi jangkaan masa untuk terus hidup..apa yang bakal dilakukannya..? pasti dia akan memanfaatkan masa yang dia ada untuk meraih mardhatillah (redha Allah)..pasti dia akan berdoa agar dihapuskan dosa2 dan juga berdoa bersungguh-sungguh bagi mengelakkan neraka Allah dan cuba meraih syurgaNya. Bagaimana pula dengan kita? yang dilihat sebagai orang yang sihat, tiada penyakit, aktif bergerak ke sana ke mari? Sudah pasti merasakan mati itu sgt jauh dari kita yg kononya sihat ini walhal mati itu boleh jadi pada bila2 masa sahaja. Maka, prinsip AKU HANYA AKAN HIDUP PADA HARI INI sekurang-kurangnya dapat membantu sang sihat untuk memanfaatkan hari yang dilalui..



Prinsip AKU HANYA AKAN HIDUP PADA HARI INI dapat menyibukkan kita dengan perkara-perkara yang dpt mendekatkan diri kita dengan sang Pencipta. Beribadah seolah2 tiada lagi hari esok untuk kita mempersiap bekalan. Memohon ampunanNya dengan penuh harap kerana bimbang andai tiada lagi hari esok untuk memohon ampun. Menunaikan hak2 saudara, jiran dan rakan2 seboleh2nya kerana bimbang tiada lagi hari esok untuk melunaskan hak-hak dan amanah yang dipikul..berbuat baik kepada kedua orang tua, adik beradik serta saudara seislam kerana bimbang tidak berkesempatan lagi utk berjasa kepada mereka pada hari esok...dan prinsip ini akan mengingatkan kita bahawa ; "Hanya hari ni aku berkesempatan untuk melakukan kebaikan.." Maka kita akan termotivasi untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan mengoptimumkan kebaikan..



Masukkan prinsip ini ke dalam kamus kehidupan, insyaAllah pasti kita tidak akan mensia-siakan hari-hari yang kita lalui dan lupakan kesedihan yang dialami kerana tiada masa lagi untuk bersedih andai hari ini sahaja yang dapat kita manfaatkan sebelum kita dijemput oleh Ilahi~

Wednesday, November 11, 2009

Doa malam ini

Good girl prays to Allah


Ijlis Bina Nu'min Sa'ah..Mengajak diri yang sayu dan layu untuk duduk sejenak bagi me'recharge' iman..Segan sebenarnya andai intipati dalam blog ini tidak menepati nama yang dinukilkan untuk blog ini. Menulis bagi saya bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi untuk menghasilkan penulisan yang bermanfaat kepada pembacanya. Namun saya cuba yang terbaik. Kalau tiada idea, maka seringlah penulisan saya terhenti di pertengahan jalan lagu terkumpullah draft-draft yang minta disiapkan. Saya suka menulis dan membaca penulisan atau karya-karya orang lain. Dulu sukakan novel tetapi hari ini lebih suka membaca blog. Kebanyakan blog-blog yang dibaca biasanya ialah luahan hati yan diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Samalah mcm yang sering saya lakukan. Menulis luahan hati sendiri cuma tidak semua la diluahkan di 'open diary' macam ni. Kadang-kadang perlu juga meluahkan sesuatu secara tertutup. Biar Allah sahaja yang tahu~

Lepas Maghrib tadi terjumpa satu doa yang amat terkesan di hati saya di saat membelek buku hadith 40 imam nawawi; insyaAllah mari kita sama-sama amalkan ye ;)
"Wahai Tuhanku,berilah kepada kami (rasa) takut kepadaMu yang boleh menghalang kami daripada melakukan maksiat kepadaMu, kurniakanlah kepada kami ketaatan kepadaMu yang boleh menyampaikan kami kepada kasihMu dan kurniakanlah kepada kami keyakinan yang memudahkan kami menanggung kesusahan dunia"
Amin, ya Rabbal 'Alamin.....
Saya rasa intro dan doa diatas tidak la berkaitan sgt..Sape rasa apa yang saya rasa ni? ;) Harapan asal mahu meluahkan perkara lain tetapi nampaknya doa di atas lebih utama untuk dikongsi bersama..Semoga bermanfaat ;)

Tuesday, November 10, 2009

Refleksi & koreksi

Berpinar-pinar biji mata melihat setiap digit yang dimasukkan ke dalam database. Kerja yang senang tapi lama-lama kelamaan boleh menjadi boring dan menguji kesabaran..Apabila mata telah penat, dicampur dengan perasaan dan jiwa yang agak keruh dan sedikit sebal, sedikit sebanyak menganggu konsentrasi dan kelancaran kerja..Banyak pula salahnya dan hampir tensen juga dibuatnya (terasa mahu mengalir air mata~)..Di saat genting seperti ini, sesuatu harus dilakukan iaitu MEMBETULKAN NIAT...Niat yang sebelum ini mungkin betul, niat untuk menolong kerana Allah demi mengharapkan redhaNya, lama-lamaan boleh tersasar dan terpesong dek kerana ujian dan halangan yang datang melintangi kelancaran proses sesuatu pekerjaan itu..maka, niat itu harus dijaga agar sentiasa benar dan ikhlas kerana Allah..Mungkin sudah penat dan badan pula membutuhkan rehat untuk menenangkan hati..Hati yg sedia gundah mustahil untuk dipulihkan dengan membusykan diri dengan urusan keduniaan. Betul, itu bukan cara yang sebaiknya.
Berehat setelah kepenatan..Otak ligat memikirkan sesuatu..Memikirkan masa hadapan yang masih tidak pasti, kelam, tidak jelas dan 50-50..Alangkah bahagia andai masa hadapanku suatu yang pasti, pasti tenang dan gembira perasaan tanpa memikirkan apa-apa kemungkinan yang bakal terjadi. Tapi mustahil..Mustahil kita akan tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan..Mustahil..Kita hanya mampu membuat prediction berdasarkan keadaan..Alangkah lemahnya sang hamba..tiada daya untuk mengetahui apa yang bakal ditempuhi di sepanjang jalan kehidupan..jatuh bangun kita, nasib kita, pengakhiran kita..semuanya tidak pasti..Apa yang pasti ialah kita harus berUSAHA sehabis baik dalam setiap perkara..lain2nya terserah kepada yang Maha Menguasai Urusan..
Realiti hari ini..Ujian dan dugaan..tidak pernah jemu menjadi tetamu dalam hidup kita..Lepas satu, satu hal yang lainnya pula terjadi..Bermacam-macam perkara..Ada yang duji dengan kenikmatan, namun tidak kurang juga ujian kesusahan dan kesedihan yg datang menghimpit..sesak rasanya..'Ujian adalah tarbiyyah dari Allah..adakah kita akan sabar atau sebaliknya?' (lirik lagi inteam)..Hakikatnya, diri selalu sahaja tahu bhw ujian adalah tarbiyyah, tanda Allah sayang, tanda Allah care dengan kita, tanda Allah mahu mengangkat darjat kita,tanda Allah nak test iman kita, tanda Allah mahu menjadikan kita hamba yang lebih tabah dan kuat, namun di saat ujian itu tiba, diri sering terlupa mengapplikasi apa yang kita ketahui..Jarang mengingati bahawa ujian itu tanda Allah sayang sebaliknya menyangka yang bukan-bukan sahaja..Astaghfirullah, lemahnya kita sebagai hamba..Natijahnya, kita gagal mengambil ikhtibar dan menyingkap hikmah yang tersirat di sebalik setiap ujian Tuhan itu..alangkah rugi..Hakikat lain, kita sering menyangka bahwa kita sahaja yang diuji dengan ujian yang berat tapi kita lupa memandang kepada orang di bawah kita di mana ujian buat mereka lebih getir..maka kita sering menjadi hamba yang kurang bersyukur kerana sering memandang ke atas dan terlupa menoleh ke bawah..Kita lupa masih ramai lagi orang yang diuji dengan hal yang lebih berat, lebih susah, lebih derita dsb..kita sering lupa, malah sentiasa alpa dan leka..
**Rehat seketika utk recharge iman, kembalikan ketenangan hati dan koreksi diri..sungguh, aku insan lemah~**

Monday, November 2, 2009

Sejauh mana aku mengenaliNya..

Lagu Asma' Allah nyanyian Inteam dari album terbaru mereka Allahu Rabbi menemani malam studyku beberapa hari lalu..Sentuhan irama yang baru dan menenangkan hati, sedikit sebanyak membuahkan kebahagian ketika menelaah ilmu-ilmuNya. Menarik sekali untuk menjadi halwa telinga ;)


Setelah mendengar berkali-kali dan dalam masa yang sama cuba menumpukan sepenuhkan perhatian kepada bahan yang dibaca, tiba-tiba hatiku berbisik.."Eh kalau lagi faham setiap maksud Asma' Allah ni bukankah bagus..."Baru ku sedar, selama ini aku sekadar menghafal namaNya dalam bahasa Arabnya sahaja namun tidak benar-benar mengetahui maksud setiap nama Allah itu..alangkah ruginya diriku ini, setelah lebih 20 tahun hidup rupanya aku masih belum benar-benar menghayati setiap kalimah nama-nama Allah..betapa aku kira aku mash belum benar-benar mengenali semua setiap sifat-sifat Allah..bagaimana bisa hati ni benar2 cinta kepadaNya andai aku belum benar-benar mengenaliNya..

Maka, dengan izinNya, malam itu sebelum tidur, ku manfaat masa yang ada untuk menulis kesemua maksud 99 nama Allah untuk ditampal di dinding..Sebagai salah satu usaha untuk lebih kenal kepadaNya dan sekurang-kurang boleh dihafal atau menjadi penyejuk hati dan penenang hatiku setiap masa..InsyaAllah.. moga usaha ini diberkatiNya..