Monday, May 30, 2011

Email dulu-dulu..

Saje nak share email yang pernah saya hantar kepada akhwat yang saya rindui suatu ketika dulu, ketika awal2 bertapak di bumi Malaysia, menulis email tersebut pada awal march 2010. (mungkin diedit utk bhs yang lebih sesuai)



Assalamualaikum wbt

Kesunyian di bilik ketika ini menjadikan kerinduan pada 'keriuhanbersama kalian' yg pernah dialami suatu ketika dahulu bertambah kuat :)



Apa khabar sahabat2, kakak2 dan adik2 yg sentiasa diingati di NZ & Msia? Sy Alhamdulillah sihat. Hari Jumaat mmg ditunggu2 sebab nak bebas n berehat dari kesibukan bekerja. Alhamdulillah dah habis minggu ke-3 kerje (tapi dah rase mcm 3 bulan) So far everything under control walopun kerje ni bukan bidang sy. sy yakin Allah tidak pernah menzalimi hambaNya, maka pastinya kerje ni adalah yg terbaik utk sy buat masa ini dan InsyaAllah sy boleh face semua ni dgn pertolongan Allah . Ekonomi malaysia agak down sejak sy balik BFG ni, so mmg agak susah nk dpt kerje di Malaysia. Takde pengalaman lagi lah mencabar . setiap kali tgk peluang kerje kat tenet tu, hits for every job tu pasti akan cecah n lebih dari 2000 org huhu..tapi xpe, kite usaha selagi kite ade kudrat kan?

Satu pagi ade la sy komen2 sket psl environment tmpt keje sy ni ngan kawan (indian girl), facing too many challnges utk g kerje n bekerja. Tiba2 otw nak naik lif tu nampak sorg hamba Allah ni. Dia OKU, xdek 2,2 belah kaki, so die jalan die bawak bangku kayu 2 bijik, so kalau jalan, dia akan susun la bangku kayu tu ( bygkan kita main susun bata) masa tu die nak naik tangga. Mmg zupp terasa kat dlm hati ni yg Alah tgh ingatkan sy supaya byk bersyukur bukan byk mengomen psl cabaran kehidupan! huhu..Ade lagi org yg diuji lebih hebat dari kita..so mari kita perbanykkan syukurrrr ke atas segala nikmatNya. Lately, pagi2 selalu gak la nampak pakcik tu. Kalau tgk boleh ngalir air mata..

Last week, sy g site visit ke pekan-rompin. Ade projek akuakultur di sana, so kami kene p tgk site, Nnt org lab dtg senang, dah bleh tau kat mane nak amik sample, nak contact sape etc. Best gak la, 2 days n 1 nite. naik bot n masuk hutan! hehe. mujur xdek pacat. dah la masuk hutan lepas hujan..Alhamdulillah, saya ni geli sket kat pacat dan kaum keluarganya, fobia! hehe..Seorg pakar pokok (botany) yg bersama kami berkata, " i give u one tip, if there are mud-lobsters ( x sure ejaan ni), kompem xdek pacat (dah translate ni) "..lega sungguhh hatiku..hehe..naik bot lame gak la.. 2 hari..lebih la dri 3 jam. memule best lame2 bosan.haha..xpe, layan je pak cik (india) pakar pokok tu bgtau name pokok2 kat kawasan tu. Dia tahu setiap scientific name utk almost setiap pokok yg die jumpe. Tapi kalau sy tanye common name, die x tau hehe. last2 sy tanye pak cik boat je nama pokok tu.best gak la melwat kawasan peat swamp forest. sy dah kenal byk pokok skrg beserta beberpa khasiatnye. oh ye, lepas naik bot kat sg rompin, pak cik bot hadiahkan udang galah besar2 fresh..huhu..mlm tu g mkn kt kedai, suh org kedai tu masakkan udang tersebut. masak 3 rasa kot..

pengalaman beharge mase menanti hujan redha b4 masuk hutan. Borak2 ngan pakcik yg boleh bawak kami masuk hutan. Name die Pak Mat hujung sebab rumah dia paling hujung. rumah die buat dari kadbod kayu je. Dia asal kedah tapi dah 10 tahun dok rompin. Ramai gak la org kedah kat kampung tu. Dia citer la psl pengalaman hidup die..sedih gak le..susah tul hidup mereka ni. org kampung kan. ade ramai org kampung tu (anak2 mude la) yg g kerje di Spore (Rompin dah dekt ngan johor -Spore) . keje angkat beg simen kat kawasan pembinaan. gaji mmg la double tapi effectnye long term. ramai yg balik sakit2, usus pecah camtu la katenye..so duit yg depa dpt mase kerje tu kene byr operation..sian sungguh..sayu je lalu kat kawasan kg tu b4 masuk hutan. Mase naik bot kat kg lain plak, jumpe rumah2 org asli..simple je buat rumah terapung atas Sg rompin tu..tgk lebih dkt la kehidupan org asli (asal) Malaysia. Sgt jauh dari kemajuan dan mereka sgt dekat dgn alam ni..diorg tau byk pokok herba. sy yg belajo ni pun xtau..

ok tu psl keje..hehe.masuk bab lain plak..

Sunyi2 ni rase rindu sgt nak berusrah dan berhalaqah huhu..nak dgr pengisian, tazkirah dll, nak dgr sumthning yg boleh tingkatkan semangat beramal. Dgr lagu nasyid & bace blog dna buku2 je mane cukup kan? hehe.. kene gak hadir majlis ilmu..huhu..doakan sy cepat2 dpt berusrah ye semua. Sy juge mahu ke jannah bersama kalian....


OK, stakat ni dl story..maaf panjang~ ingat nak update blog tapi dah terupdate kat email lak kan.. jzkk kerana membaca sampai habis hehe..ade idea, kite kongsi lagi insyaAllah. Moga kite semua dipertemukan kembali. andai tak di dunia, moga di syurgaNya nnt. Amin~

Sekian,
wassalam.



=================================================================

Update sekarang,
1. Bidang tugas sekarang ni lebih fokus. oh ye lupa, itu kerja baru,bidang sendiri.Alhamdulillah senang sket nak handle. cume xdek dah la dapat g buat site-visit atau masuk hutan lagi atau naik bot lagi..
2. Alhamdulillah, dah dapat medan beramal (PEMBINA) sejak bertugas di UPM ni, saya dah dapat sambung usrah (yang terhenti seketika ) semula, dapat join riadah dan rehlah, mabit dan qiam, dapat g daurah..dapat pergi program la kata fullnya. Alhamdulillah, dapat kenal lebih ramai akwhat UPM dan UKM..seronok sgt. mcm kat NZ dulu.. :)

Doakan saya terus thabat! Wahai Tuhan yang mebolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama ini dan di atas ketaatan kepadaMu..Amin

Thursday, May 26, 2011

Link to.... each other

Tadi saya rasa down.. sebab banyak kerja.. kerja RA, kerja lab, preparation untuk masters, kerja part time dan termasuk juga kerja2 dakwah. Oh Allah penat sungguh, tak terkejar nak buat semua. rasa sangat serabut, ditambah dengan niat yang kadang2 menyerong. hati perlu terusan2 beristighfar, mohon diampunkan dari kelalaian serta niat yang tidak baik.


So kalau down, apa yg saya biasa buat? dengar lagu..lagu nasyid ;) Alhamdulillah, ada bait2 lirik yang memberi motivasi dan memberi peringatan bahawa Allah itu sentiasa ada utk kita mengadu dan mohon pertolongan serta berharap. then, sambil2 dengar lagu nasyid, google akan menjadi tempat saya menaip apa2 sahaja perkataan untuk memberi motivasi. Alhamdulillah, hari ini menaip perkataan 'kembara hidup'. Pantas saja tangan ni klik kat tajuk-tajuk yang menarik. sehingga saya sampai ke sebuah blog ini. subhanallah, tak sia-sia saya membaca dan mengamati hasil tulisannya. bernas dan sangat megngisi rohani insyaAllah. penulisnya seorang perempuan. oh bila baca-baca lagi, ada pasal PEMBINA, ISMA, dan KRIM. subhanallah, jumpa blog akhawat rupanya.. scrooll lagi sambil membaca..subhanallah, jumpa link ke blog sendiri di bawah description akhwat. oh itu blog saya BIDADARIBESI.. lantas hati berdetik. siapakah dia? kenal ke? baca-baca lagi pasal penulis blog..nampaknya saya tak mengenali beliau. apa yg pasti, kami berada dalam satu jemaah dan saya berasa amat2 gembira. bukan selalu blog hopping ke blog akhwat sendiri..hehe..Alhamdulillah.jumpa satu, boleh tambah kenalan di alam maya. Hopefully saya akan kenal pemilik blog ini suatu hari nanti. mungkin akan ada program2 yang bakal menemukan kami? harap Allah izinkan kami bertemu. amin~


terasa kecik je dunia ni sebenarnya..kita semua kadang2 saling berkaitan. itulah tautan hati hadiah dari Allah.


Friday, April 22, 2011

kerinduan yang tak terucap.

Berseorangan.



Menunggu dan menemani sahabat @ hosmet yang masih melalukan tugas lab. sy sudah tiada kerajinan dan motivasi membuat kerja, maka here i am. cuba membuat sesuatu yang bermanfaat sementara menunggu si kawan. telinga dihidangkan dengan lagu2 yg terdapat di dalam laptop. oh semuanya lagu nasyid, playlist yang dah lama sangat buat, sejak di NZ..



oh patut la rasa syahdu je.rupanya lagu2 ni membuatkan saya teringatkan keberadaan saya di NZ suatu masa dahulu. sambil mendengar lagu dlm playlist (masih belum update lagi playlist ni) dan sambil berblog hopping. mencari cerita dan cuba catch up kisah sahabat2 lama. oh terbaca blog2 sahabat @ housemate2 di NZ. Ya Allah, betapa lah hati ini sangat merindukan housemate2 di NZ dl..Aimi, rahmah, hani, sarah, kak sem dan kak diha..merindukan saat2 duduk bersama, bergelak ketawa dan juga pernah menangis bersama...masyaAllah, hati ini sgt merindukan mereka..ya Allah pertemukan kami dalam keredhaanMu..lagu2 lama yg sedang didengari sangat sinonim dgn NZ kerana sepanjang di NZ, sy kerap sgt mendengar lagu2 ini..ya Allah, Alhamdulillah di atas nikmat kerinduan ini..saya tidak pandai untuk mengucapkan kerinduan kepada mereka. hanya mampu meluahkan kerinduan itu di sini. andai kalian terbaca, ketahuilah saya sangat merindui kalian yang saya pernah kenal di NZ dl..

Tuesday, February 8, 2011

Klik Klik Klik


Penat. berehat sebentar daripada mengarut (menulis paper-to-be-published..huhu)..

First draft for first paper dah submit

Second paper pulak in progress..

Ilham..ilham..

Ya Allah..ilhamkanlah padaku kefahaman dan ilmu yang bermanfaat

Moga paper yang dihasilkan pun bermannfaat

Moga daku lebih kagum dengan kebesaranMu

yang menciptakan segala sesuatu

bukan dengan sia-sia

tapi setiapnya ada hikmah dan tujuan

Ya...dan hikmah2 tersebut yang patut kami sebagai hamba telusuri..

permudahkanlah..ya Allah..

berkatilah usaha yang amat3x kecil ini..

redhailah..pekerjaan dan usaha kami


Klik sana, klik sini

dari satu blog ke satu blog

blog hopper sebentar

Alhamdulillah..'ter'klik ke blog2 yang bermanfaat

yang mengingatkan

insan-insan yang cepat dan mudah lupe..

macam kita..

especially saya..


Wah banyak update kawan2..

macam2 cerita, kisah dan berita

seronok dibaca.., tumpang gembira..

Allahu Akbar


banyak juga cerita2 dan pengalaman2 manusia utk pedoman saya.

terharu dengan peringatan yg hakikatnya anugerah dari Allah..

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah..


Muhasabah diri selepas berblog hopping..

*Proses pembaikan diri perlu berterusan*

*Try to love what we had today*

*Be positive! Allah takkan menzalimi hambaNya, segalanya menurut kemampuan hamba2Nya*

*Jangan hanya pandang nikmat2 yang Allah kasi kat org lain, tapi sentiasa tengok kat diri sendiri, banyak nikmat2 yg kita lupa dan tak syukuri*


Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk sentiasa mengingatiMu, sentiasa bersyukur padaMu, dan sentiasa memperbaiki ibadahku padaMu..



Monday, January 24, 2011

Cermin keretanya..

22 Januari 2011, Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri program MABIT (malam bina iman dan taqwa) akhwat ismaDHL di surau al islah, Bangi. Perjalanan ke tempat program dilancarkan dan hati digembirakan dgn perkenalan dgn akhwat2. Usai solat isyak dan taaruf dengan yang hadir, sesi tazkirah dihidangkan untuk santapan hati yang mendambakan peringatan.
Tazkirah oleh ukhti Ili sangat berkesan, mengenai IMAN - merangkumi ciri2 iman yang sakit, ciri2 iman yang sihat dan akhir sekali cara2 meningkatkan iman yang kita tahu sifatnya boleh naik dan turun. Iman bertambah dengan ketaatan manakala iman boleh berkurang apabila kita melakukan kemaksiatan. ** Isi2 tazkirah akan saya kongsikan bersama dalam next entry insyaAllah** Semasa tazkirah diberikan, ada seorg ukhti mengingatkan dengan kata-kata oleh Muadz bin Jabal iaitu marilah kita duduk beriman sejenak. Maka hati terus berdetik" Ijlis Bina nu'min Sa'ah..oh itu nama blogku. (Baru teringat bahawa saya sebenarnya mempunyai blog-astaghfirullah ruginya sudah lama x berkongsi bahan bermanfaat di blog sendiri-lalu kerana itu, rasa terpanggil utk mengupdate di blog sndiri. Hope that tangan ini akan terus istiqamah menaip dan berkongsi di sini.
Hari ni nak bercerita tentang sesuatu;
Keluar membeli makanan dengan beberapa teman, menaiki kereta seorg teman. Nak dijadikan cerita (kisah benar ni), hujan ade gaya macam nak turun. salah seorg teman pergi ke post office utk menghantar surat. Nak dijadikan cerita pemandu kereta kami merangkap empunya kereta keluar sebentar utk 'memantau' teman yang mahu menghantar surat tersebut. tinggallah pelaku dan rakan pelaku di dalam kereta. Pelaku tidak tahu kenapa hati berdetik2 nak membuka (menurukan) tingkap cermin kereta tersebut (tanpa alasan berbuat demikian - it's just hati tergerak nak berbuat demikian). Sebaik cermin diturunkan, rintik2 hujan juga turun. owh terpaksa menutup kembali tingkap..
"Eh alamak, kenapa tingkap ni x boleh naik...huhu" hati mula cuak dan risau..pelaku berusaha lagi utk menaikkan cermin tingkap dengan bantuan rakan pelaku namun tak berhasil. Tak lama kemudian, tuan punya kereta sampai dan sedikit terperanjat melihat cermin belakang yang dah diturunkan.."Cermin kereta ni x boleh turunkan sebenarnya..x boleh naik dah ni..mmg akak x penah turunkan sebelum ni sbb die bermasalah" wajahnya kelihatan sedikit sedih bercampur geram dan marah (pada pelaku barangkali) Pelaku terasa sangat2 bersalah dan hilang kata-kata.."Alamak..apa yg dah pelaku buat ni..kenapa tangan gatal sgt nak pegang2 suis cermin tu tadi.."
Setelah gagal menaikkan cermin, keputusan untuk terus pulang disepakati, pulang dalam hujan yang kian lebat. sampai saje di depan pintu opis (under bangunan berbumbung), mencube sekali (banyak kali) tapi tetap gagal..hati pelaku hanya mampu beristghfar, mohon pertolongan dari Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa..'Tolonglah aku..tolonglah kami..ya Allah.."
Keadaan driver agak tegang..mungkin kerana marah pada pelaku dan risaukan keretanya serta duit yang banyak mungkin diperlukan untuk membaiki keretanya.maka pelaku hanya mampu berdiam dan beristighfar, mohon pertolongan pada Tuhan..
Dengan izin Allah, ada beberapa org pakcik (xde la tua sangat) sudi datang membantu melihat keadaan kereta tersebut (cerminnye) dan ditakdirkan Allah, ade seorg mekanik (not really, tp mungkin mahir hal2 kereta ni) di kalangan mereka..maka dengan bantuannya (atas izin dan kehendak Allah), cermin boleh dinaikkan secara manual (memandangkan motor cermin tersebut suda rosak) setelah hampir semua bahagian pintu belakang tersebut dibuka.. Alhamdulillah,,hati pelaku sangat2 lega kerana Tuhan sudi memakbulkan doanya..Alhamdulillah, moga2 tuan punya empunya kereta tidak marah lagi pada pelaku..
setelah difikir2 balik dan dimuhasabah kejadian tersebut, mmg ada hikmahnya kes ni. First thing mmg kene sabar (pelaku atau tuan punya dan juga rakan2 lain) dan kena sentiasa mohon pertolongan Allah.terus ingat kat Dia. Sekarang pelaku perlu teruskan berdoa - mohon agar hati tuan empunya kereta sudi memaafkan si pelaku dengan sepenuh hatinya. mungkin pelaku kena buat sesuatu (tlong bagi bantuan duit utk tuan kereta?) utk mengembalikan silaturrahim antara pelaku dan tuan punya kereta? Ya Allah, eratkanlah kembali tali silaturrahim yang mula regang di saat ujianMu hadir..Amin...eratkanlah ya Allah...eratkanlah...amin ya rabb..