Monday, January 24, 2011

Cermin keretanya..

22 Januari 2011, Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri program MABIT (malam bina iman dan taqwa) akhwat ismaDHL di surau al islah, Bangi. Perjalanan ke tempat program dilancarkan dan hati digembirakan dgn perkenalan dgn akhwat2. Usai solat isyak dan taaruf dengan yang hadir, sesi tazkirah dihidangkan untuk santapan hati yang mendambakan peringatan.
Tazkirah oleh ukhti Ili sangat berkesan, mengenai IMAN - merangkumi ciri2 iman yang sakit, ciri2 iman yang sihat dan akhir sekali cara2 meningkatkan iman yang kita tahu sifatnya boleh naik dan turun. Iman bertambah dengan ketaatan manakala iman boleh berkurang apabila kita melakukan kemaksiatan. ** Isi2 tazkirah akan saya kongsikan bersama dalam next entry insyaAllah** Semasa tazkirah diberikan, ada seorg ukhti mengingatkan dengan kata-kata oleh Muadz bin Jabal iaitu marilah kita duduk beriman sejenak. Maka hati terus berdetik" Ijlis Bina nu'min Sa'ah..oh itu nama blogku. (Baru teringat bahawa saya sebenarnya mempunyai blog-astaghfirullah ruginya sudah lama x berkongsi bahan bermanfaat di blog sendiri-lalu kerana itu, rasa terpanggil utk mengupdate di blog sndiri. Hope that tangan ini akan terus istiqamah menaip dan berkongsi di sini.
Hari ni nak bercerita tentang sesuatu;
Keluar membeli makanan dengan beberapa teman, menaiki kereta seorg teman. Nak dijadikan cerita (kisah benar ni), hujan ade gaya macam nak turun. salah seorg teman pergi ke post office utk menghantar surat. Nak dijadikan cerita pemandu kereta kami merangkap empunya kereta keluar sebentar utk 'memantau' teman yang mahu menghantar surat tersebut. tinggallah pelaku dan rakan pelaku di dalam kereta. Pelaku tidak tahu kenapa hati berdetik2 nak membuka (menurukan) tingkap cermin kereta tersebut (tanpa alasan berbuat demikian - it's just hati tergerak nak berbuat demikian). Sebaik cermin diturunkan, rintik2 hujan juga turun. owh terpaksa menutup kembali tingkap..
"Eh alamak, kenapa tingkap ni x boleh naik...huhu" hati mula cuak dan risau..pelaku berusaha lagi utk menaikkan cermin tingkap dengan bantuan rakan pelaku namun tak berhasil. Tak lama kemudian, tuan punya kereta sampai dan sedikit terperanjat melihat cermin belakang yang dah diturunkan.."Cermin kereta ni x boleh turunkan sebenarnya..x boleh naik dah ni..mmg akak x penah turunkan sebelum ni sbb die bermasalah" wajahnya kelihatan sedikit sedih bercampur geram dan marah (pada pelaku barangkali) Pelaku terasa sangat2 bersalah dan hilang kata-kata.."Alamak..apa yg dah pelaku buat ni..kenapa tangan gatal sgt nak pegang2 suis cermin tu tadi.."
Setelah gagal menaikkan cermin, keputusan untuk terus pulang disepakati, pulang dalam hujan yang kian lebat. sampai saje di depan pintu opis (under bangunan berbumbung), mencube sekali (banyak kali) tapi tetap gagal..hati pelaku hanya mampu beristghfar, mohon pertolongan dari Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa..'Tolonglah aku..tolonglah kami..ya Allah.."
Keadaan driver agak tegang..mungkin kerana marah pada pelaku dan risaukan keretanya serta duit yang banyak mungkin diperlukan untuk membaiki keretanya.maka pelaku hanya mampu berdiam dan beristighfar, mohon pertolongan pada Tuhan..
Dengan izin Allah, ada beberapa org pakcik (xde la tua sangat) sudi datang membantu melihat keadaan kereta tersebut (cerminnye) dan ditakdirkan Allah, ade seorg mekanik (not really, tp mungkin mahir hal2 kereta ni) di kalangan mereka..maka dengan bantuannya (atas izin dan kehendak Allah), cermin boleh dinaikkan secara manual (memandangkan motor cermin tersebut suda rosak) setelah hampir semua bahagian pintu belakang tersebut dibuka.. Alhamdulillah,,hati pelaku sangat2 lega kerana Tuhan sudi memakbulkan doanya..Alhamdulillah, moga2 tuan punya empunya kereta tidak marah lagi pada pelaku..
setelah difikir2 balik dan dimuhasabah kejadian tersebut, mmg ada hikmahnya kes ni. First thing mmg kene sabar (pelaku atau tuan punya dan juga rakan2 lain) dan kena sentiasa mohon pertolongan Allah.terus ingat kat Dia. Sekarang pelaku perlu teruskan berdoa - mohon agar hati tuan empunya kereta sudi memaafkan si pelaku dengan sepenuh hatinya. mungkin pelaku kena buat sesuatu (tlong bagi bantuan duit utk tuan kereta?) utk mengembalikan silaturrahim antara pelaku dan tuan punya kereta? Ya Allah, eratkanlah kembali tali silaturrahim yang mula regang di saat ujianMu hadir..Amin...eratkanlah ya Allah...eratkanlah...amin ya rabb..