Sunday, January 29, 2012

Jom Peduli Palestin!

Just wanna share an inspiring video regarding Palestin,

Last conduct roadshow palestin di new zealand pada 2009,
tapi sejak di malaysia, belum terlibat lagi dengan roadshow palestin di Malaysia,
just selalu cerita psl palestin di fb @ update di web aman palestin
dan join kempen menderma anjuran aman palestin...

hari ni dapat tengok short vid roadshow palestin yg berlangsung di Jordan (kat youtube)
Alhamdulillah, tersentak dan tersedar
Palestin masih memerlukan doa dan sokongan kita
terusan-terusan
bukan terhenti setakat roadshow sahaja.

Palestin..
sedang mencari dan menanti Salahuddin seterusnya
yang bakal membebaskan palestin dari cengkaman Israel @ Zionis laknatullah!
memang kita tidak patut sekadar melihat dan bersimpati
tidak cukup!
kita perlu buat lebih dari itu..
lebih dan berterusan
demi Palestin..

Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan orang-orang Islam, makan dia bukan dari golongan mereka.

(HR Al-Baihaqi, At-Tabrani, Abu Nu'aim, Al Hakim)

Friday, January 27, 2012

Menifestasi bersyukur

Januari 2012 yang dah nak sampai ke hujungnya. Baru teringat kat blog? huhu.hati cepat beristighfar. bukan main lama x berkongsi di blog. mungkin sebab fb lebih banyak main peranan, maka lagi banyak yg dishare di fb. Berkongsi dengan umum yg lebih ramai. Fikir sendiri. tapi walau ape pun, tu bukanlah alasan utk tidak berkongsi lagi di blog yg didirikan sejak 2009 ni kan?

Semester pertama masters dah habis. dah nak masuk sem kedua. Alhamdulillah. dah dapat result sem 1 yg flying colours. alhamdulillah.duit elaun pun dah masuk. Alhamdulillah. hutang pun dah bayar (erkk hutang?? hehe duit sewa rumah). Alhamdulillah. Literature review bab Dendrobium dah siap diupdate. Alhamdulillah. dapat makan breaksfast bersama housemate pagi tdi. Alhamdulillah. dah mesej dengan abah pagi tadi bertanya khabar. Alhamdulillah.Dapat bernafas dengan sihat dan tenang lagi sekarang ni.. Alhamdulillah.........."maka, nikmat TuhanMu yg manakah yg ingin kamu dustakan?" ni baru list utk separuh hari ni.belum kira lagi nikmat semalam, dan hari2 sebelumnya..nikmat, nikmat..baanyak..cuma manusia la yang jarang-jarang rasa bersyukur...so ape lagi, jom la banyakkan bersyukur..

Bagaimana cara lain lagi utk bersyukur selain ucap Alhamdulillah dan ingat Allah? Banyak..antaranya:

1. Tidak merasa memiliki, kecuali yakin bahawa segala yg kita miliki adalah MILIK ALLAH. kita ni pinjam je. huhu

2. Ucap Alhamdulillah selalu. ingat je dapat nikmat apa, ucap Alhamdulillah dengan penuh penghayatan. puji Allah samada ketika susah atau senang.

3. Percaya bahwa segala nikmat adalah jalan menuju Allah atau dekat kepada ALLAH..

4. Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.