Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah…
Saudaraku murabbi, sesungguhnya penerimaan tanggungjawab untuk mentarbiah
mereka yang diletakkan di bawah kendalianmu merupakan satu aqad perjanjian
antara dirimu dengan mereka. Engkau merupakan pihak pertama dan mereka
adalah pihak kedua. Manakala saksinya adalah Allah ‘Azza wa Jalla. Firman
Allah bermaksud: “…dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap
Oleh kerana surat ini ditujukan kepadamu wahai murabbi, maka disebutkan di
sini beberapa peringatan yang berkaitan dengan tanggungjawabmu secara
khusus.
Antara isi kandungan yang paling asas dalam perjanjian ialah, engkau mesti
membimbing mereka untuk melakukan perubahan yang positif sepanjang mereka
berada di bawah seliaanmu. Perkara itu dilakukan menerusi pengurusan
tarbawi yang betul, iaitu dengan meletakkan sasaran yang jelas,
aktiviti-aktiviti yang tersusun serta kaedah-kaedah yang pelbagai.
Saudaraku, sentiasa letakkan di hadapan matamu firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah
perjanjian-perjanjian…” (Al-Maidah:1)
Selalu ingatkan dirimu bahawa tanggungjawabmu yang pertama terhadap
ikhwanmu ialah memegang tangan mereka dan meningkatkan mustawa mereka dalam
semua aspek tarbiah; aspek makrifah, keimanan, kejiwaan dan tingkah laku
(sulukiyyah). Ingatkan juga dirimu bahawa ukuran kajayaan yang sebenarnya
ialah berkait rapat dengan perubahan yang berlaku pada mereka. Bukan diukur
pada banyaknya aktiviti dakwah yang kalian laksanakan atau kepelbagaian
wasilah yang dijalankan.
*Mata mereka tertambat padamu*
Aku berkata kepada diriku dan kepadamu: sesungguhnya mata ikhwan tertumpu
kepadamu, maka janganlah engkau menjadi fitnah kepada mereka. Engkau mesti
ingat bahawa sebahagian mereka mengambil ajaran agama ini hanya daripadamu.
Jika engkau mengurangkan sebahagian daripada kewajipan agama, mereka juga
akan mengurangkannya. Jika engkau meringan-ringankan sesuatu yang tidak
sepatutnya diringan-ringankan, mereka juga akan turut meringan-ringankan.
Ingatlah bahawa mengajar dengan perbuatan lebih mantap dan lebih berkesan
daripada mengajar dengan perkataan sebagaimana pepatah ada mengatakan “jika
engkau menjadi ketuaku, maka hendaklah engkau berada di hadapanku”.
Ketahuilah wahai saudaraku yang dikasihi, sesungguhnya keyakinan itu mesti
dibina, bukan diperolehi secara percuma. Kayakinan akan terbina di dalam
diri ikhwanmu dengan mereka melihat sikapmu yang positif, amalanmu yang
baik seperti tawaduk, suka memberi, jujur dan benar dalam semua keadaan.
Maka berusahalah untuk merealisasikan itu semua di dalam dirimu. Ingatlah
selalu bahawa di sana ramai di kalangan ikhwan yang melihat dan menilai
dakwah melalui tindakanmu. Maka takutlah kepada Allah dalam melaksanakan
*Jangan jadi seperti lilin*
Saudaraku murabbi, sesungguhnya faktor asas kejayaanmu dalam memberi kesan
yang positif di dalam diri ikhwanmu, selepas pertolongan Allah dan
taufiq-Nya ialah engkau melaksanakan terlebih dahulu pada dirimu. Sejauh
mana perkara itu meresap dalam jiwamu dan terkesan di hatimu, barulah ia
membekas di hati ikhwanmu. Maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk
menghayati apa yang engkau minta mereka menghayatinya. Jangan beralasan
dengan kesibukan atau kesuntukan waktu. Tiada seorangpun yang boleh
diuzurkan dari menambah bekalan untuk diri atau dibenarkan untuk berhenti
dari beramal. Ingatlah pesanan Allah Ta’ala kepada Nabi s.a.w. bermaksud:
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),”
(Al-Insyirah:7). Ayat ini bermakna apabila engkau telah selesai berdakwah
dan berjihad maka segeralah pula beribadah. Cukuplah kata-kata Rasulullah
s.a.w. ini sebagai nasihat: “Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan
kepada manusia dan lupa pada dirinya, seperti sumbu pelita, ia menerangi
manusia dan membakar dirinya.” At-Tabraniy
*Tawaduk dan tawaduk*
Aku mengingatkan diriku dan dirimu wahai saudaraku yang dikasihi betapa
pentingnya mentarbiah diri agar bersikap tawaduk. Antara tanda-tanda
tawaduk yang ada pada diri murabbi ialah dia tidak merasai ada perbezaan
antara dia dengan ikhwannya kerana kedudukannya sebagai murabbi, sehingga
terbawa-bawa pada cara dia berinteraksi dengan mereka. Umpamanya dia mahu
tempat duduk yang khusus, layanan yang khusus dan keistimewaan tertentu
yang tidak didapati oleh ikhwannya.
Murabbi hendaklah mentarbiah dirinya supaya sentiasa merasai bahawa dia
lebih rendah daripada ikhwan dan mereka lebih baik daripada dirinya.
Kalaulah tidak kerana tanggungjawan yang diamanahkan kepadanya, tidaklah
dia berada di hadapan mereka. Dengan cara itu, di samping pertolongan
Allah, mudahlah baginya berinteraksi dengan mereka dan menghimpunkan
hati-hati mereka. Letakkan dirimu di tempat mereka ketika engkau bercadang
untuk menegur apabila mereka cuai dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Beri
peluang kepada dirimu untuk mendengar nasihat mereka dan terima dengan dada
yang terbuka. Jika engkau lewat atau tersilap, mohonlah kemaafan dari
mereka dan jangan malu untuk berkata ‘saya tidak tahu’ jikalau mereka
bertanya sesuatu yang engkau tidak tahu. Jangan sekali-kali gunakan kuasamu
ke atas mereka kecuali dalam keadaan yang amat-amat terbatas.
Saudaraku murabbi, aku menasihati diriku dan dirimu, jangan halang
seseorang daripada kalangan saudaramu untuk beramal sekiranya berlaku
sedikit perselisihan antaramu dengannya, atau kerana engkau diberitahu
sesuatu yang tidak kena mengenainya, atau kerana sesuatu kesalahan yang
dilakukannya, atau dia telah tersasar sedikit dari jalan ini, atau dia
telah lama menyepi kemudian ingin memulakan langkahnya kembali.
Siapa di antara kita yang tidak pernah melakukan kesalahan atau tidak
pernah tersilap langkahnya?
Sekiranya setiap yang bersalah itu dihalang dari meneruskan amal, maka
tidak akan ada seorangpun yang kekal di jalan dakwah!
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sekiranya kamu tidak berdosa,
nescaya aku takut akan berlaku ke atas kamu sesuatu yang lebih besar
daripada itu, iaitu ujub dan ujub.” Al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah.
Hadis ini menjadikan kita menginsafi bahawa tersasar ke jalan yang salah
sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara luaran dan dalaman
adalah kemungkinan yang tidak dapat dielakkan. Ia pasti terjadi. Yang
berbeza antara kita adalah dari segi banyak atau sedikit kesilapan itu
serta bagaimana cara kita mengelak atau mengatasinya dengan izin Allah.
Dari sini aku ingin menegas kepada diriku dan dirimu wahai akhi murabbi,
jangan jadikan gambar saudaramu yang lama terpampang di hadapan matamu,
seolah-olah suatu bayangan yang tidak kunjung padam walaupun dia telah
berubah dan telah berbuat baik. Hal ini seperti Firaun yang cuba mengaitkan
Nabi Musa dengan masa lalunya yang pernah membunuh seorang qibtiy, lalu dia
tidak layak untuk berdakwah. Firman Allah bermaksud: “Firaun menjawab:
Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau
kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami
beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu
perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari
orang-orang yang tidak mengenang budi?” (Asy-Syu’araa’:18-19)
Dan Nabi Musa a.s. tidak menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Firaun
kepada dirinya, sebaliknya dia menarik perhatian Firaun terhadap perubahan
yang telah berlaku dan terhadap kedudukannya yang baru. “Nabi Musa berkata:
Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari
orang-orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari
kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan
daku ilmu pengetahuan agama dan menjadikan daku seorang RasulNya.”
(Asy-Syu’araa’: 20-21)
*Jangan lupa mengharap ganjran*
Saudaraku, berusahalah bersungguh-sungguh menyediakan dirimu dari segi
persediaan dalaman sebelum engkau memegang tugas menyelia ikhwanmu. Wasilah
paling penting untuk mempersiapkan dirimu ialah doa. Mohon kepada Allah
dengan sungguh-sungguh agar Dia membuka jalan-jalan kepadamu dan
mencampakkan kebenaran di hatimu dan lidahmu.
Jangan lupa mengharap pahala. Ingatlah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak ada pahala bagi orang yang tidak mengharapkannya.” Ibn al-Mubarak
dan ditashih oleh al-Albani.
Dan di sana terdapat berbagai-bagai wasilah untuk mencetuskan kesedaran dan
menguatkan keazamanmu, ingatkan dirimu setiap kali sebelum engkau pergi
menemui ikhwanmu betapa pentingnya amal ini, ia merupakan amalan yang
diredhai Allah, Allah janjikan pahala untuk orang yang melakukannya dan
mengancam dengan dosa bagi mereka yang meninggalkannya.
Moga-moga Allah mantapkan imanku dan imanmu dan membimbing kita selalu.
“…Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari
apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha
د. مجدي الهلالي