Saturday, November 28, 2009

Terpaut

Hati saya terpaut pada dua selawat di bawah ;)
Nowseeheart - Selawat Murah Rezeki




Nowseeheart - selawat pelindung diri




Thursday, November 26, 2009

Siapa aku utk menyoal?

Esok ialah Hari Raya Aidiladha 1431H di New Zealand. Lewat sehari dari Malaysia. Adiladha atau hari raya korban. Mengorbankan binatang yang layak dikorban. Mengajar diri untuk menghayati erti sebuah pengorbanan di balik sejarah agung kisah pengorbanan Nabi Ismail dan ayahnya Nabi Ibrahim. Mengajar erti taat tanpa batas kepada sang Pencipta. Mengajar erti ikhlas dalam menunaikan ketaatan kepada Allah. Mengajar betapa tinggi tahap iman mereka dibandingkan dengan kita, umat hari ini. Makin tinggi iman, maka makin hebat diri diuji. Itulah mereka, para nabi, ujian buat mereka menjadi tauladan kepada umat hari ini.
Kali kedua membaca artikel Ustaz Hasrizal bertajuk Kamu Sentiasa Layak Diuji membuahkan satu kefahaman yang berbeza dari kali pertama aku membacanya. Cukup terkesan kepada hatiku. Terasa sungguh Allah mengingatkan diriku kepadaNya dan mengingatkan padaku semula hakikat aku sebagai seorg hamba. Seorg hamba..hamba yg sentiasa layak diuji. Siapa aku utk melawan kehendak Ilahi kerana hakikat aku adalah hanya seorg hamba, milik mutlak Sang Pencipta. Maka memang patut dan layak aku ini diuji. Menarik analogy yang dibawakan oleh Ustaz dalam artikel tersebut,sesuai dgn aidiladha yg bakal dilalui esok. Sebagai pemilik mutlak kambing2 di bawah ternakannya, pemilik tersebut bebas memilih ayah/mak/anak kambing utk dikorban tanpa perlu meminta izin dari keluarga kambing tersebut. Kembalikan konsep ini kepada kehambaan kita pada Allah. Allah penguasa mutlak terhadap manusia yakni hamba-hambanya. Maka Dia berhak memilih sesiapa sahaja utk diujiNya,tanpa batas,tanpa perlu meminta izin sesiapa, samada mahu menguji ibu atau anak, abang atau adik dsb. Dan sudah pasti Dia tahu kenapa Dia memilih kita untuk diuji. Kenapa kita? dan kenapa ujian itu dihadiahkan buat kita? Kerana Dia tahu. Dia Maha Tahu apa yg terbaik untuk hambaNya dan Dia juga Tahu kemampuan hamba2Nya..Sungguh besar rahmat ujian utk kita sebenarnya, hanya hamba yang tidak sedar hakikat diri sebagai seorg hamba yang sering mempertikaikan kenapakah aku yang diuji, kenapa aku, kenapa ini, kenapa itu..? Allah menyuruh kita menyingkap tabir maknawiyah takdirNya dan ujianNya kerana Dia ingin memberikan sesuatu yang berharga di sebalik semua 'keperitan' ini..Sungguh Dia Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya dan tidak menzalimi hambaNya..
Selepas membaca keseluruhan artikel tersebut, membawa aku kembali berfikir sejauh mana aku ikhlas dalam menjalankan ketaatan kepadaNya, sejauh mana aku ikhlas meninggalkan segala laranganNya, sejauh mana aku ikhlas membantu ayah, ibu serta adik2ku, sejauh mana aku ikhlas dalam wasilahku utk memperbaiki diri, sejauh mana aku ikhlas menyayangi insan2 yg berada di sekelilingku, sejauh mana aku ikhlas melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, sejauh mana aku mengikhlasan diriku melaksanakan kesemua perintah2Nya..Sebagai hamba yang penuh dhaif dan lemah, kadang2 aku boleh terlupa untuk apa kita melakukan semua ini..dan kadang2 niat juga boleh terpesong maka mudah sahaja lari jauh dari landasan keikhlasan berbuat sesuatu kerana Allah. Justeru ,di saat Tuhan menghadiahkan suatu musibah, suatu dugaan untuk menguji dan menzahirkan keikhlasan diri ini, maka mudahlah diri rebah dan mempersoalkan takdir dek kerana niat kita bukan semata2 ikhlas kerana Allah....MOga hati ini senantiasa ikhlas dalam menghambakan diri pada yg Esa..Amin~
*Muhasabah diri, Koreksi diri*

Tuesday, November 24, 2009

Usah putus asa

Alhamdulillah aku kini sudah boleh menarik nafas yang lega kerana kepastian yang telah lama ditunggu-tunggu akhirnya kini dalam genggaman..Alhamdulillah Tuhan tidak membiarkan aku berlama-lamaan di dalam sebuah ketidakpastian yang setiap masa menghimpit jiwa ;) Di saat aku mula bersedia menerima, Dia menghadiahkan aku sebuah kepastian..dan dengan izinNya juga aku redha untuk menerima segala ketentuan dariNya.. andai itu kehendakNya, aku pasti dan yakin itulah yang terbaik utk ku..Alhamdulillah keyakinan terhadap firman-firmanNya amat membantu mententeramkan hati.. ;) Lagu USAH PUTUS ASA ini menjadi halwa telingan dan penguat semangat tika ini..




Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah

Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengaduh

Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti

Cubalah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa

Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita meniti luka
Esok harap menjadi milik kita semula

Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun kehidupan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi


Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah dimpikan
Terus melangkah jangan menoleh lagi
Segala yang dimpikan menjadi pasti

Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan dan cita

Itulah janji dari Ilahi
Jika kau susah diakan pasti
Teruskan mendaki puncak yang tinggi
Capailah impi lukisan hati
Cubalah engkau terus mencuba
Hingga kau tiba ke puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita
Milik yang Esa
Ya milik yang Esa



Dan kabarkanlah kepada mereka tentang tamu-tamu Ibrahim.Ketika mereka masuk ke tempatnya, lalu mereka mengucapkan: "Salaam." Berkata Ibrahim: "Sesungguhnya kami merasa takut kepadamu." Mereka berkata: "Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi kabar gembira kepadamu dengan (kelahiran seorang) anak laki-laki (yang akan menjadi) orang yang alim." Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi kabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?" Mereka menjawab: "Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa." Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." [Surah Al-Hijr; ayat 51-56]