Thursday, December 17, 2009

All praises to Allah


Jun 1999...

Hari lahir yang ke-12. Menerima sekeping kad ucapan selamat hari lahir daripada ibu kesayangan..Comel, di dalamnya terselit sekeping gambarku ketika darjah 2 yang menyarung jubah graduation milik pak andak yg berwarna hijau (Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor) Jubah yang sangat labuh & sgt besar untukku ketika itu. Di dalam kad ucapan tersebut, tertulis; " Mak teringin nak tengok kaklong jadi macam ni bila dah besar nanti.." (merujuk kepada gambar graduasi anganku sewaktu kecil..)



Disember 2009...

Alhamdulillah, aku bakal melaksanakan impian dan amanah arwah emak. Esok (19 disember 2009) akan ku sarungkan jubah graduationku sendiri setalah tamat pengajian di Otago university ini. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah ini yg hanya dengan izinNya sahajalah aku berada di sini saat ini beserta sebuah kejayaan..Alhamdulillah..All praises to Allah. Moga kejayaan ini menambah lagi rasa kehambaanku padaNya dan menjadikanku hambaNya yg lebih byk bersyukur..Amin..

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu
sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap
apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira **[1459]
terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang
yang sombong lagi membanggakan diri.

[Surah Al Hadid; ayat 22 -23]

**[1459]. Yang dimaksud dengan terlalu gembira: ialah gembira yang melampaui batas yang menyebabkan kesombongan, ketakaburan dan lupa kepada Allah.

Wednesday, December 16, 2009

Hijrah

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Habsyi bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud).

Saturday, December 5, 2009

At-Talaq

Surah At-Talaq, surah ke 65 dalam Al-Quran, mengandungi 12 ayat. Surah yang membicarakan ttg Talak dan masa idah bagi wanita yg diceraikan suaminya.Surah yang mengandungi ayat 1000 dinar (sebahagian ayat 2 & keseluruhan ayat 3);

Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar [At-Talaq : ayat 2]

Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [At-Talaq : ayat 3]

Imam Ahmad meriwayatkan drpd Abu Zar, ‘Nabi telah membaca ayat ini kpdku (Abu Zar), kemudian baginda bersabda, “Wahai Abu Zar, jika manusia berpegang teguh dgn ayat ini, ia sudah mencukupi bagi mereka.”

Mengikut sahabat Abdullah bin Masud, ayat ini adalah “formula penyelesaian masalah yg teragung di dlm Al-Quran".

Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. [ At-Talaq ; ayat 4]

Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu, dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya. [At-Talaq : ayat 5]


Bertaqwa

Dari ayat 2 hingga 5 dalam surah ni juga, ada menyebutkan balasan buat org-org yg bertaqwa kepada Allah.. Apa itu taqwa? Umar al-Khattab pernah bertanya maksud taqwa kpd sahabat Ubai bin Ka’ab. Ubai berkata ”Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yg dipenuhi onak dan duri?” Jawab Umar, ”Ya, pernah.” Ubai bertanya lagi, ”Apa yg kamu lakukan ketika itu?” Umar berkata, ”Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh”. Berkata Ubai, ”Itulah taqwa.”
Daripada jawapan Ubai bin Kaab, taqwa bermaksud berhati-hati dlm hidup supaya tidak melakukan perkara yg haram serta bersungguh-sungguh melaksanakan setiap amal soleh yg dituntut.

Tidak semua yang beriman itu bertaqwa kepada Allah, maka Allah menyuruh orang-orang beriman supaya benar-benar bertaqwa kepada Allah. Ada manusia yang menyatakan bahawa mereka beriman kepada Allah, percaya dan yakin kepada Allah namun masih melakukan kemungkaran. Dengan adanya Taqwa ni, ia meng'guide' hidup spy sentiasa taat pada perintahNya dan menghalang diri kita dari melakukan kemaksiatan dan larangan2 Allah. Taqwa umpama brek dalam hidup kita..Bygkan kereta yang tiada brek, maka ia akan 'melanggar/berlanggar' dgn kenderaan lain lalu 'terbabas' atau 'accident'. So taqwa atau 'brek' penting utk mengawal kehidupan kita

Kesan Taqwa

Kesan Taqwa sudah pastinya positive ;) Daripada ayat 2 hingga 5 dalam surah At-Talaq ni, Allah menjanjikan perkara2 kehidupan yang best, perkara yg kita nak dalam hidup ni andai kita benar2 bertaqwa kepadaNya

** Allah akan membukakan jalan keluar baginya
- semua org mengharapkan jalan keluar kepada setiap masalah yg dihadapi mereka. Nak cepat menyelesaikan masalah yg dihadapi sbb masalah membelenggu kehidupan. Andai kita bertaqwa, Allah akan buka jalan keluar utk kita.
** Allah akan bagi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka - semua org mengharapkan rezeki yang lapang dan berkat ;)
**Allah menjanjikan kemudahaan dalam urusannya - semua org juga inginkan kemudahan dalam segenap urusan mereka..
**Allah akan hapuskan kesalahan org2 yg bertaqwa dan melipatgandakan pahala baginya

~Moga perkongsian kecil di tengahari ini bermanfaat

Wednesday, December 2, 2009

Yang Maha Memberi


Alhamdulillah, dengan bimbinganNya dan izinNya jua saya dapat membaca artikel2 yg bermanfaat sekaligus mengingatkan saya akan kebesaranNya. Membaca blog Ustaz Hasrizal bertajuk Cinta Tanpa Syarat mempertemukan saya dengan salah satu sifat Allah iaitu Al-Wahhab iaitu Yg Maha Memberi. Sebelum ini, skop kefahaman dan pengetahuan saya ttg sifat Allah ini amat kecil dan terbatas. Usai pembacaan lewat ptg ini telah membuka ruang kefahaman saya terhadap maksud Al-wahhab kpd yg lebih luas..Alhamdulillah~ Sungguh, masih byk ilmu yg tidak saya ketahui..Di sini saya copykan 'part' of keseluruhan artikel bertajuk Cinta Tanpa Syarat yg menyentuh ttg sifat Allah, Al-Wahhab~


******************************************************************************


Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

1.Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

2.Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

3.Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.

4.Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

5.Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.