Tuesday, October 12, 2010

nikmat oh nikmat

Setelah 2 hari mendapat kemudahan internet tanpa had, hati tergerak utk membuka blog. uish..dasyat last update bulan april..sebelum berhenti kerje dr UM..sejak itulah, cik penulis mula terputus hubungan dengan dunia alam maya - sgt terasa akan 'ketidaan internet' - antara nikmat yg dihilangkan sekejap oleh-Nya. syukur skrg boleh ke 'udara' semula. silaturrahim dengan info2 semasa dan kawan harus dieratkan kembali. Semoga nikmat ini terus bertahan dengan izinNya..

between 4-10..

bukan x boleh meneroka laman sesawang dalam tempoh tu.. boleh..cuma limited..plg lama pun sejam..oh itu tidak cukup bagi pengguna internet yg agak tegar spt cik penulis...skrg cik penulis boleh acces internet 24/7..free..lega+gumbira+berkobar2=Alhamdulillah....(semoga Allah sentiasa ilhamkan cik penulis utk jadi hamba yg senntiasaaaa bersyukur...)

sambil2 jadi blog hopper ni, sambil melayan lagu maher zain yg semakin disukai ramai sekrg ni..teringat kat ex-students cik penulis ( seronok jadik cikgu ganti suatu masa dulu....). cik penulis nak test listening skill mereka, student form 2..suruh fill in the blank while listening to maher zain's song..waktu tu lagu yg terpilih ialah Open your eyes and hold my hand..sambil2 tu nak galakkan mereka utk menghayati bait2 lirik lagu tu sambil memahami mesej yg cube disampaikan dlm lagu2 tu...salah satu method dakwah utk umur mereka (amin....). dan mmg best sbb sambil2 diorg enjoy dengar lagu, boleh belajar new words, mereka boleh faham dan kaitkan pulak dengan poem/literature dan kehidupan seharian...Alhamdulillah..pengalaman oh pengalaman....

mesej dr entry ni? boleh faham sendiri la kot kan...setiap org membaca tapi dikurniakan kefahaman yg pellbagai dan berbeza mengikut keadaan mereka..so, teruskanlah membaca kerana membaca jambatan ilmu.. =)

Tuesday, April 27, 2010

Kisah hari ini =)

Semasa menaiki bus rapidKL (dah lame x naik huhu) petang tadi utk pulang ke rumah. Di saat mahu melangkah menaiki tangga bus, tiba2 seorg wanita (kakak kut kan? if nak pggl makcik tua sgt..huhu) menyapa, "Eh lame x nampak? Selalu nampak tggu bus kat sini?". Aku yg terkaget seketika hanya menyedekahkan sebuah senyuman.Dalam otak ligat berfikir..siapa akak ni ye? Aku penah jumpe ke? Mcm x penah je borak ngan dia..huhu..Camne die boleh perasan aku selalu tggu bus walhal jarang2 sgt naik bus before this dan bukannye sikit org yg tggu bus..salah org kut die....huhu..monolog dalaman berlangsung dgn sgt pantas. miliseconds barangkali..
"O lame ke x nampak sy? hehe. Sy baru balik dari UPM ni. tadi g interview" jawab aku sambil kaki melangkah ke dalam bus rapidKL yang semakin dipenuhi manusia..
"Kat mane? Bidang ape?" soalnye..
"institute biosains, UPM.."jawabku lagi
"Bidang sendiri ye?" soalnye lagi..
"Aah.." sambil tersenyum. Otak berfikir camne akak ni leh tau psl aku? huhu Curious..monolog lagi ..
Banyak jugak yg kami bualkan dalam bus sepanjang perjalanan. Gaya mcm dah kenal lame tapi mmg siyes x penah jumpe dan borak dgn kakak ni..Mmg x pernah..tapi gayanya mcm dah kenal aku lame..huhu..mcm2 isu, isu pendidikan, isu guru2 di Malaysia..hehe..layan je, tp mmg bagus berborak dgn org2 yg boleh dipanggil kakak ni. selesa.Peramah la kakak ni. Kalaulah dia seorg yg faham Islam, mmg byk mad'u yang dia boleh tawan hatinya..hehe..very knowledgeable =)
Ok tamat kisah dalam bus.......
Owh kisah perjalanan ke UPM harini..disebabkan menggunakan khidmat transport bg golongan2 yg berpendapatn rendah sepertiku, sekurangnye2 memerlukan masa lebih kurang 1 1/2 hingga 2 jam perjalanan from Kelana Jaya ke IBS, UPM
Rumah --> LRT Kelana Jaya --> Masjid Jamek --> Bandar Tasik Selatan --> Komuter stesen Serdang --> IBS..
Mencabar kan? long journey..time and money consuming of course huhu. Tapi xpe, ape salah berkorban sikit. sekurangnye dah pro gune public transport. Tahulah sket2. Dan sepanjang ke sana, khidmat teksi digunakan. Ye cepat tapi mahal huhu..dalam masa satu jam setengah, tibalah ke IBS dengan selamat dan on-time nyaris2.huhu..Alhamdulillah- Allah menolong, melndungi,mengizinkan dan memudahkan segalanya sepanjang perjalanan..
dan kisah interview pule..
Setelah ke IBS buat kali yg ketiga, barulah dpt jumpe prof..huhu.. Nampaknye prof seorg yg amat2 busy. Tp mase aku emailkan resume dl, die reply within 3-4 hourse je..huhu..cepat pulak kan..? Ye, setelah berborak, dapat kusaksikan betapa busynye beliau..dan die kelihatan sgt penat. Serg wanita yg agak berusia dgn kerjaya yg begitu mantap..pasti die seorg yg mempunyai strong character and quality. Kalau dpt dimanfaatkan utk dakwah, alangkah bagusnye ^_^
Interview yg semi-formal. dan semasa beliau hendak menunaikan solat zohor, die menyerahkan ku kpd kawan2 beliau yg dalam projek yg same (semuanye sudah bergelar DR..dan wanita semuanya..mude2 je tgk). So, aku diinterview lagi oleh 3 org Dr.. owh sungguh tidak diduga..aku yakin prof tidak merancangnye, mungkin terfikirkan idea itu ketika sahabat2 beliau (3 org Dr tu tadi) dtg utk discusssion. So byk la soalan. Bygkan 3 org Dr dgn sorg budak baru je nak start belajar kerje ni..Haru~~Tapi aku je sebaik dan sejujur yg mungkin. Susah jugak interview ni..Mcm2 soalan..ade kot 25 soalan..huhu..tapi aku x berdebar sgt pun. Cool je..haa, Alhamdulillah atas nikmat ketenangan hati ni..Ok then, prof pulak dtg (lepas siap solat zohor), dia tanye lagi few questions and then bg satu soalan lagi, yg tu kene jawab dlm bentuk esei. huhu..nak jawab ape eh..tapi aku yakin,alasan utama die suh aku jawab dlm bentuk esei ialah sebab die nak aku keluar dari bilik tu coz die nak bincang sket la ngan kawan2 beliau (kejap die, kejap beliau..teruk tul bm..) nway, lepas dah siap jawab esei (dok kat sofa luar je, tempat org lalu lalang, siap menimbulkan kontrovesi dan persoalan diminda org2 yg lalu kat situ kot) hantar la kat prof..then prof kate, "ok, i'll inform u later bout this. maybe u can ask someone tu show u around the lab?" Aku angguk je la..and say thank u, gud bye and salam kat sume Dr and prof..maka, melangkahlah aku ke bilik PA beliau, meminta sumone yg free utk tunjuk2 kawasan lab..so sorg Research Officer pun bawak la aku berjalan2 sekitar lab..Ok, perasaan lepas dah masuk lab tu tibe2 rase cuak je nak masuk lab..mampukah aku? yes, aku mmg suke buat keje lab dna rindu nak masuk lab tapi skrg rase cuak..mampukah? mampukah? mampukah? (T_T)..
Ok,aku serahkan segalanya pada yg Maha Menentukan sebab hanya Dia tahu ape yg terbaik utkku. Moga2 Allah sentiasa kurniakan yg terbaik buat hambaNya ini.
Apa yg ditakdirkan terjadi, pasti terjadi =)
Apa yg mmg hak kita, pasti akan jadi milik kita, dan apa yg bukan hak milik kita, pasti x kan jadi milik kita walau kite berusaha sehabis mungkin utknye.. =)
Hanya pada Allah, aku bertawakal..Amin~

Saturday, April 24, 2010

Saat hati mula goyah..Allah masih syg...

First of all, i shud say; " Alhamdulillah..Oh Allah. Thank you for everything..."
Alhamdulillah..Allah masih memilih diri ini utk dekat denganNya..Entah mengapa hati ini berasa berat sekali hendak melangkah keluar dari rumah siang tadi bagi menghadiri halaqah mingguan,padahal itulah yang ditunggu-tunggu saban minggu. Hati ini sangat rindu untuk duduk bersama, merecharge iman yang makin kesemputan, menambah ilmu utk bekalan akhirat serta memperbaiki diri. Tapi siang tadi, tak semena-mena air mataku mengalir.sedih.sedih kerana susahnya mahu ke halaqah.Berat sungguh hati rasanya kerana perjalanan ke sana begitu mengujiku.terpaksa menggunakan public transport, menjadikan perjalanan yg sepatutnya singkat dan mudah menjadi panjang dan mencabar. Dengan pelbagai kes2 jenayah yang berlaku di Malaysia, menjadikan hati ini sgt gerun utk keluar rumah dar rumah.Hati berulangkali beristighfar..dan berdoa agar Allah memudahkan langkah ke majlis ilmu utk mengingatiNya..Syaitan berusaha menghasut agar aku membatalkan sahaja niatku utk ke halaqah dan aku hampir melakukannya..Namun, aku gagal mencipta alasan yg munasabah,aku tidak mahu menipu.aku menangis lagi..ya Allah..permudahkanlah..jam menunjukkan hampir 1.30 padahal halaqah bakal bermula jam 2. Ya Allah, permudahkanlah..aku x putus berdoa..serta beristighfar..kenapa sanggup aku membatalkan niat yg suci utk ke majlis ilmu ini ya Allah..??..Alhamdulillah, dengan izinNya, hidayahNya dan pertolonganNya, aku langsung mengesat air mata, terus bersiap utk keluar, menggagahkan diri melangkah keluar menuju ke lif..dan Alhamdulillah akhirnya selamat tiba di tempat menunggu bus.
Matahari memancar terik.panas sekali.Ya Allah, besar dugaanMu..moga aku menjadi org yg sabar. Jam menunjukkan lepas jam 2..Ya Allah, aku telah menzalimi hak2 waktu ahli-ahli halaqahku yg lain.terasa teruknya diri..astaghfirullah..Langsung aku memesej mas'ulah ku mengatakan aku bakal tiba lewat dan meminta mereka memulakan halaqah terlebih dahulu..sementara itu, bus yg ditnggu tidak kunjung tiba..perasaanku hampa..sedih..lalu aku mengambil keputusan utk menaiki teksi..Takpelah mahal sket, asalkan cepat sampai..alhamdulillah, sebuah teksi lalu..selepas teksi berjalan sejauh 200m, tiba-tiba teksi berselisih dgn bus yang ditunggu. sedkit terkilan rase di hati...Allah benar2 mengujiku..Bygkan beza tambang bus dan teksi, RM 5 vs RM1 (T_T) dalam super saving mode skrg ni..Takpelah..aku pasrah dgn takdir Allah..
Lantas aku bertanya; "Pakcik, kalau terus ke shah alam berapa ringgit ye?"
Pakcik; "Xtaulah, tgk meter la..maximum RM20 kot"..
Aku;"Xpelah, sy nak g LRT kelana jaya je la"
Pakcik: "Nak g Shah Alam ke? Pakcik boleh berhentikan di Komuter Subang..jimat mase sket"
Aku; " Jauh x? Berapa ringgit eh?" (Masih dlm mode berjimat)
Pakcik; " X mahal sgt, dalm RM10"
Aku berfikir sejenak. Kalau nak LRT--> kl central--> s.alam vs Subang-->S.alam mmg jauh bezanya. dpt save masa . Tapi mahal sket..
Aku: " Ok la, pak cik berhentikan sy di komuter Subang ye.."
Setibenye di komuter subang, meter teksi menunjukkan RM 10..tapi tibe-tibe pakcik berkata; "Xpelah nak, byr RM7 je. Pakcik kasi diskaun.." Alhamdulillah, baiknye hati pak cik ni..tapi sudah tentu Allah yg mengilhamkannya pada pakcik..Aku tersenyum..Allah masih syg padaku..(^_^)
Menaiki Komuter dari Stesen subang ke stesen s.Alam dgn tambang RM1 dalam masa yg singkat amat membuatkan ku bersykur..Dan setibanya di stesen komuter, sekali lagi khidmat teksi digunakan utk ke masjid ubudiyyah, seksyen 19 dgn tambang RM4..Alhamdulillah, selamat pun sampai ke destinasi =)
Alhamdulillah..dpat juga tibe di s.alam jam 2.45 petang..dan Alhamdulillah halaqahku baru nak bermula di saat aku tiba. Maka boleh la aku mendengar dari awal..dan byk perkara yang dimuhasabahkan sepanjang halaqah itu. Memang tidak sia-sia memperuntukkan masa, tenaga dan wang utknya..Moga Allah menerima amalku yg kecil ini..
Alhamdulillah, Allah masih memberiku peluang menghadiri majlis ilmu walaupun aku hampir kalah dgn hasutan syaitan..huhu...
Alhamdulillah, Allah memberi semangat utk melangkahkan kaki di saat ia sangat lemah utk bangkit..
Alhamdulillah, Allah menyelamatkanku dari sebarang bahaya sepanjang perjalanan ke majlis ilmu..
Alhamdulillah, Allah memberi peluang mengenal sifat2Nya sepanjang halaqah, memberi peluang membaiki diri, menimba ilmu sertaberamal utk mendekatkan diri padaNya..
Alhamdulillah, dgn izinNya, aku tidak lokek membelanjakan sedikit wang utk ke majlis ilmu..sikit sgt nilainye duit itu jika hendak dibandingkan dgn nikmat demi nikmat yg Allah bg..duit boleh dicari, tapi nikmat tarbiyyah itu sendiri sgt mahal utk dinilai =)
Alhamdulillah...sungguh nikmat Allah itu byk tidak terhitung.......Semoga Allah terus mengizinkan hati ini ditarbiyyah..semoga Allah terus menguatkan hati dan langkah kaki di saat a mule lemah dan goyah..
Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, aku mohon, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu dan dalam ketaatan kepadaMu..Moga Engkau terus memudahkan segala urusanku utk mendekatkan diriku padaMu..Amin...

Friday, March 26, 2010

Buka Matamu..saksikanlah sendiri..

Hampir sebulan lamanya Allah menakdrikan aku berada di sebuah bandar. Bandar yg agak besar. Petaling Jaya. Dalam skop yg lebih kecil dan spesifik, Kelana Jaya. Rumah sewa dan tempat kerja di Kelana Jaya. Mungkin kecil sahaja dipandangan mata manusia yg memang sudah biasa hidup di bandar2 besar tapi bandar ini besar kesannya padaku.



Bus RapidKL


Sebulan lamanya pergi dan balik dengan menggunakan public transport. Bus rapidKL yg setia melalui jalan yang sama setiap hari. Aku juge semakin setia menjadi penggunanya sejak hampir sebulan yg lalu. Alhamdulillah, makin seronok menikmati kemudahan yang disediakan walaupun kadang2 terdapat halangan seperti hujan lebat, atau terlepas bus atau bus yg ditunggu x kunjung tiba. Tp itulah adatnye orang yang menaiki public transport. Byr murah so ade la juge cons nye. As long as hidup boleh diteruskan ngan public transport, teruskan! (^_^) So far naik bus jarang la berdiri. tak mcm lrt, kene bersesak2..Alhamdulillah, dipermudahkan walaupun hanya dengan sebuah bus. Pengalaman yang menyentuh hati dlm bus apabila 'dipilih' oleh Allah utk menjadi saksi adegan2 yg x patut dilakukan di public (T_T). Sepanjang sebulan menaiki bus, sudah 2 kali terserempak dengan pasangan2 yang tidak segan silu melakukan adegan tak senonoh mereka. MasyaAllah, sudah hilang sifat malu dalam diri mereka. Pasangan muda yang masih belum berkahwin berkelakuan sumbang, di dalam bus! Bagai nak tercabut jantung apabila melihat perlakuan mereka. Geram! rase nak baling batu besar kat kepala si pelaku..tetapi tanganku tidak berdaya melakukannya. Lidahku tidak tegar menegur mereka. Hanya mata yang mampu melirik bersama sekeping hati yang sedih mendoakan agar mereka di beri petunjuk..Masalah umat kian parah..Sepanjang sebulan menaiki bus juga, dpt dilihat bagaimana cara hidup orang2 bandar @ kota. terutamanya anak2 muda. Sedih melihat keadaan ni. sungguh benar, masalah umat kian parah..makin byk tenaga diperlukan utk mengislah ummah..namun di manakah tenaga2 itu???


Sunday, March 21, 2010

KCB & PBAKL 2010

Sabtu dan ahad yang terisi. Terisi kerana ada plan. Moralnye, setiap kali waktu lapang menjelma, harus ade to-do-list spy masa x terbuang sia-sia. Ayuh amalkan ;)

Alhamdulillah, weekend 20-21 Mac telah hampir tamat. Isnin bakal menjelma, menuntut pengorbanan dan jihad di medan pekerjaan pula. Semoga Allah permudahkan dan berkati segalanya, samada ketika lapang mahupun sempit.Amin~

.:Sabtu:.

Disebabkan ditinggalkan keseorangan di rumah, maka terpaksa menguruskan hal2 teknikal rumah. cewah~ Oh bukan ape pun, En Rozi selaku orang yang bertanggungjawab ke atas sistem perpaipan rumah di apartment telah dtg untuk membetulkan meter air. Disebabkan saya kene keluar jam 11 utk pergi institut memandu, maka saya meminta En Rozi dtg lebih awal. Mujur meter tu kat luar rumah,xdek la rase bersalah sgt sebab x bukan grill utama tu. Lega segalanya berjalan lancar. RM60 telah diserahkan sebagai upah yang telah dimaklumkan oleh hosmet seblumnya. Ok, selesai satu. Sekarang ke institut memandu pula. Masa belajar dlm kepanasan dan kepenatan, perlu membetulkan niat kenapa saya perlu ade lesen memandu yg sah. Alhamdulillah tamat juge di sana. Pulang dan masak utk lunch + dinner. Petang dan malam saya peruntukkan utk menonton. Special movie for this week : KETIKA CINTA BERTASBIH, part 1 and also 2 finished! Almighty God, very good and inspiring movie. Sempat jugak la menyalin beberapa kata2 dan pengajaran berguna dari MOVIE ni.Antaranya;






  • Potensi dakwah - Orang yg ada nilai2 & bakat yg mantap dalam diri perlu diasah lagi supaya manfaat itu dpt disumbangkan utk dakwah juga ie penulisan yg memberi kesan ke atas jiwa, public speaking...etc

  • Istikharah - setiap kali utk mem buat keputusan, bukan utk urusna jodoh sahaja, malah kalau boleh segala yg berkaitan dgn kehidupan ni harus istikharah, mohon bimbingan Allah


  • perlu ada prinsip hidup berdasakan Al-Quran & Hadith. Baru ade pendirian & strong karakter.


  • Ukuran firasat sahaja x cukup dlm memilih calon isteri/suami. Perlu fikirkan pelbagai perkara lagi - sekufu @ tak, ada asas agama yg kuat @ x, boleh disayangi @ x. Urusan jodoh ni perlu pilih dgn cermat & penuh pertimbangan sebab tu pasangan sepanjang hidup.


  • Ithar (melebihkan org lain) dalam urusan ketaatan kepada Allah @ ibadah (ie pernikahan) adalah makruh, Tapi ithar utk selain ibadah adalah SGT dianjurkan.


  • Definisi cinta? - boleh rujuk KCB 1 part 9 (^_^)


  • Cinta sejati itu sepatutnya menyembuhkan, bukan menyakitkan.


  • Takut + rindu pada Allah yang membantu kita mengatasi rasa cinta terhadap dunia - boleh rujuk KCB 1 part 10 (^_^)v


  • Segala urusan berkaitan ajal, jodoh, rezeki telah ditentukan dan pasti akan diberikan pada kita di saat yg terbaik yg hanya diketahui oleh Allah. (Rahsia itu hanya Allah yg tahu)


  • Allah berkuasa utk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Almighty God!~ Yakinlah padaNYA..



.:Ahad:.

Usai berjihad dlm kepanasan dan kepenatan memulas stereng kereta, laju langkah diatur utk bertemu dgn rakan dari shah alam (Syahida) dalam perancangan ke PWTC utk 29th International Bookfair 2010 @ PABKL 2010. Alhamdulillah, beberapa buku yang diidamkan diizinkan Allah utk menjadi milik saya ; Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman, La Tahzan - full version, La Tahzan - JAdilah wanita yg paling bahagia, dan juga CD Maher Zain yang diminati. Alhamdulillah, berjaya mendapatkan buku2 tersebut dlm masa yg singkat bersama sedkit diskaun di dlm kesibukan beribu2 manusia yg membanjiri PABKL 2010. Ade sebuah lagi buku penting yg ingin dimiliki iaitu Majmuk Rasail @ Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna. Namun nampaknya masih belum diizinkan Allah utk menjadi milik saya. Moga dapat dibeli lain kali. Amin~ Semoga saya dapat membaca semua buku2 yg saya beli ni, kemudian mengamalkannya serta menyebarkan kepada org lain..Amin ya Rabb!





* Is updating blog while listening to Maher zain's songs~*

Monday, March 15, 2010

Kembali

Hampir 3 bulan tempat ini sunyi. Sunyi dari luahan dan nasihat utk peringatan diri dan org lain. Terasa byk hak-hak yg tak dpt ditunaikan. sejak pulang for good, langsung tiada update (?_?). Teruk juga rasanya di saat blog ini tidak menjadi bermanfaat kpd pembacanya. Perlu konsisten @ istiqamah beri peringatan. bukan bermusim. nak2 skrg kemudahan internet lebih mantap. tiada alasan lagi utk membiarkan entry2 lama menghiasi dinding blog ini.

Selamat tinggal NZ!

Ucapan sejak 25 disember 2009. Meninggalkan NZ. pulang ke Msia setelah 2 tahun tidak menjenguk keluarga. Kepulangan yg ditunggu. Adik2 sudah membesar dan meninggi. sungguh lain rupa mereka dibandingkan dengan wajah mereka yg disimpan dalm kotak memori sejak 2 tahun lalu. Alhamdulillah, Allah izinkan daku bertemu dgn keluarga dalam keadaan gembira, sihat, sejahtera dan sebagainya. Alhamdulillah.

2 bulan tanpa apa2? Not really..

Januari dan Februari. 2 bulan penuh kerehatan. Namun tak lah terlampau berehat. Rehat dari belajar, betul. tapi tugas melapor diri dgn JPA, cari kerje, g interview, siapkan lesen serta membantu serba sedikt keluarga telah termasuk dalam agenda 2 bulan pertama di Malaysia. Oh ye, tidak lupa program2 yg dianjurkan utk student OZ-NZ yg balik bercuti summer. ALhamdulillah, diberi peluang attend porgram biarpun jarak kdg2 melemahkan semangat. MOga Dia sentiasa memilihku utk menghadiri majlis2 ilmu.

Mac

1 Mac bertukar status : pelajar - penganggur - pekerja. Alhamdulillah rezeki. hampir 3 minggu bekerja. sgt lain dgn dunia belajar dl. namun bekerja is also learning cuma x fomal mcm di uni. masih ada amanah (= esaimen) yg ade due date juge. byk perkara masih dlm proses belajar. sy pekerja baru belajar kalau salah harap maafkan (^_^). xtau berapa lama di sini. sekurang2nya sehingga sy dapat sambung masterskalau tempat ini adalah yg terbaik. first experiences, utk mencari pengalaman. niat kene jaga n betulkan setiap hari. kdg2 terpesong dari landasan di saat tugas2 yg terbeban di bahu bertambah.

*Moga dianugerahkan kekuatan dan ketabahan menghadapi liku2 kehidupan*