Friday, March 26, 2010

Buka Matamu..saksikanlah sendiri..

Hampir sebulan lamanya Allah menakdrikan aku berada di sebuah bandar. Bandar yg agak besar. Petaling Jaya. Dalam skop yg lebih kecil dan spesifik, Kelana Jaya. Rumah sewa dan tempat kerja di Kelana Jaya. Mungkin kecil sahaja dipandangan mata manusia yg memang sudah biasa hidup di bandar2 besar tapi bandar ini besar kesannya padaku.



Bus RapidKL


Sebulan lamanya pergi dan balik dengan menggunakan public transport. Bus rapidKL yg setia melalui jalan yang sama setiap hari. Aku juge semakin setia menjadi penggunanya sejak hampir sebulan yg lalu. Alhamdulillah, makin seronok menikmati kemudahan yang disediakan walaupun kadang2 terdapat halangan seperti hujan lebat, atau terlepas bus atau bus yg ditunggu x kunjung tiba. Tp itulah adatnye orang yang menaiki public transport. Byr murah so ade la juge cons nye. As long as hidup boleh diteruskan ngan public transport, teruskan! (^_^) So far naik bus jarang la berdiri. tak mcm lrt, kene bersesak2..Alhamdulillah, dipermudahkan walaupun hanya dengan sebuah bus. Pengalaman yang menyentuh hati dlm bus apabila 'dipilih' oleh Allah utk menjadi saksi adegan2 yg x patut dilakukan di public (T_T). Sepanjang sebulan menaiki bus, sudah 2 kali terserempak dengan pasangan2 yang tidak segan silu melakukan adegan tak senonoh mereka. MasyaAllah, sudah hilang sifat malu dalam diri mereka. Pasangan muda yang masih belum berkahwin berkelakuan sumbang, di dalam bus! Bagai nak tercabut jantung apabila melihat perlakuan mereka. Geram! rase nak baling batu besar kat kepala si pelaku..tetapi tanganku tidak berdaya melakukannya. Lidahku tidak tegar menegur mereka. Hanya mata yang mampu melirik bersama sekeping hati yang sedih mendoakan agar mereka di beri petunjuk..Masalah umat kian parah..Sepanjang sebulan menaiki bus juga, dpt dilihat bagaimana cara hidup orang2 bandar @ kota. terutamanya anak2 muda. Sedih melihat keadaan ni. sungguh benar, masalah umat kian parah..makin byk tenaga diperlukan utk mengislah ummah..namun di manakah tenaga2 itu???


0 comments:

Post a Comment