Wednesday, September 30, 2009

Bencana..kembali kepada Allah..

Alhamdulillah hari yang cerah, setelah hujan sejak beberapa hari lalu. Namun, hakikat jiwa tidaklah secerah hari ini..Ada sesuatu yang hilang dari hati ini.. Ketenangan..ya, anugerah ketenangan telah diambil kembali oleh pemilikNya disaat ini, dan baru sekarang terasa kehilangan akan nikmat itu... T_T Hatiku terus-terusan beristighfar sebaik sahaja melangkah keluar dari kelas..ya Allah, kenapa ni..kenapa hati ini tidak setenang selalu, kurniakanlah hatiku ketenangan hati yang hakiki ya Allah..pasti banyak kekhilafan yang telah ku lakukan..Astaghfirullah, begitu tegar sekali aku ini ya Allah melakukan kesilapan demi kesilapan..

Ayunan langkah kaki diteruskan ke library. Kenapa ke sana? bukankah mahu mencari ketenangan..? Entahlah, memang biasanya akan ke sana..Sebaik saje tiba di library, mata melilau mencari komputer yang available. Alhamdulillah banyak..dan nah sekarang aku sedang menulis entry ni.. Kerja sekolah yang menggunung ku letakkan ke tepi seketika, memberi laluan kepada makanan untuk rohaniku ini..seperti biasa, di saat hati terasa suram, aku akan segera mengisi hati ini dengan bacaan-bacaan tazkirah sebagai pengubat hatiku. Al-Quran biru yg sekian kali menemaniku tidak ku bawak ke sekolah hari ini, maka internet menjadi sumber alternatifnya..

Tidak seperti biasa yang selalunya aku akan selalu membaca tazkirah online, namun kali ni hati tergerak untuk membaca berita semasa, lantas semua akhbar online diterjah..berita harian, utusan malaysian online, kosmo online, yahoo! news semua dibaca. Alhamdulillah aku dapat sesuatu dari pembacaan kali ini...Alhamdulillah di atas peringatan-peringatan yang tak pernah putus ini..

Bencana Alam..peringatan dari Tuhan.. Pada mulanya aku dikejutkan dengan berita Taufan Ketsana yang melanda Asia Tenggara termasuk Vietnam dan Kemboja semalam, mengorbankan 74 orang namun angka korban dijangka meningkat, manakala di Filipina pula jumlah mangsa dianggarkan sekitar 246 orang atau lebih. Kemudian, rentetan berita mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yg melanda Samoa mengorban 113 orang atau lebih..Semlm lagi kami telah digemparkan dengan amaran tsunami yang dijangka melanda New Zealand namun Alhamdulillah Allah masih memberi nikmat keselamatan itu kepada kami..Kemudian, berita yang berlaku di Indonesia, kejadian gempa bumi yang melanda wilayah sumatera barat menyebabkan 75 kematian dan jumlah itu juga dijangka meningkat..dan banyak bangunan yang runtuh di sana..Di Malaysia tidak kurangnya juga bencana yg turut menimpa, gegaran di Indonesia itu turut memberi kesan gegaran kepada penduduk di Melaka, Johor dan Lembah Klang. Manakala di Jerantut, Pahang pula dilaporkan mengalami hujan air batu yang merosakkan rumah-rumah penduduk di 5 buah kampung..di Besut pula, 67 buah kampung dilanda ribut selama 30 minit..Natural disaster across Asia and Pasifik..

Kesemua bencana-bencana ini berlaku dalam tempoh yang berdekatan,berturut2, selang sehari atau lebih sahaja antara satu sama lain..MasyaAllah..apakah tandanya semua ini ya Allah? apabila difikir-fikirkan balik bencana-bencana yang mengorbankan ribuan nyawa ini merupakan salah satu peringatan kepada yang masih hidup..Mereka yang terlibat dengan bencana, terkorban dalam sekelip mata sahaja dan mereka tidak berpeluang lagi untuk menambah bekalan meraka untuk ke akhirat nanti. Bayangkan kalau kita menjadi salah seorang angka korban di saat itu..pasti sedih tika itu memandangkan masa kita di dunia telah pun tamat dan kita tidak bisa berbuat apa lagi untuk menambah amal yang kurang ini..huhu..Sepatutnya bencana ini lebih menjadikan kita yang masih hidup ni lebih sedar..Sedar akan kelemahan diri kita sebagai hamba..sedar akan kekuasaan Allah yang berhak dan boleh berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja..Kun Fa Yakun! Jadilah, maka jadilah..Dia boleh menterbalikkan apa juga negara kalau Dia kehendaki..Dia boleh memerintah taufan yang lebih kuat untuk menghancurkan seluruh warga sesebuah negara. Dia boleh! kerana Dialah yang Maha Berkuasa...

Tetapi hakikatnya, manusia yang masih 'terselamat' ini masih terus leka dibuai keindahan dunia. Masih terus-terusan dalam dosa dan kemaksiatan. Langsung tidak mengambil ikhtibar melalui peringatan yg dituskan Allah melalui alam..huhu..Kalau tersedar pun, cuma seketika, kemudian manusia2 ini kembali kepada kelalaian..Astaghfirullah..ampunkan kami wahai Tuhan yg Maha Pengampun..


Bencana – petanda rintihan alam,
Bencana – petanda amaran TUHAN,

Setelah semua yang ALLAH tunjukkan,
Tanda-tanda dan peringatan,
Belum sampaikah masa untuk kita kembali?

Kembali memuhasabah diri
Kembali menilik ke dalam hati
Kembali menginsafi dosa yang membelenggu diri
Kembali mengagungkan kebesaran Ilahi..

Kembali pada yang menjadikan...
Kembali pada yang menciptakan...
Kembali pada Tuhan...

************************************************************************************

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Kembali Pada Allah - Opick

hasbunallah wanikmal wakil
nikmal maulana waanikman nasir

bila hati gelisah
tak tenang, tak tentram
bila hatimu goyah
terluka, merana

jauhkah hati ini dari Tuhan, dari Allah
hilangkah dalam hati dzikirku, imanku
hanya dengan Allah
hatimu akan menjadi tenang

dengan mengingat Allah
hilangkan semua kegelisahan
cukuplah hanya Allah
hati bergantung dan berserah diri

Saturday, September 26, 2009

Hadiah syawal ini..

Suatu hari, kepulangan ke rumah digembirakan oleh kehadiran sebuah buku ilmiah yang dihadiahkan oleh KAK LENGKUAS BIRU.. Terperanjat juga sebab balik2 je dah ade hadiah atas meja. Kira seprais la ni.. Serius la terperanjat plus gumbira. Katanya hadiah besday yang sekian lama tertangguh, sejak Jun lepas. Tapi kalau ikut kalender Islam, saya ni lahir 6 syawal, so memang just nice la dpt hadiah ni time syawal ni..;)

Alhamdulillah..Buku bertajuk Muhammad s.a.w insan teladan sepanjang zaman karya Nik Abdul Aziz NiK Mat. Merangkumi kisah hidup nabi Muhammad s.a.w serta peperangan di zamannya.. Lalu dibeleklah isi kandungannya..Start dengan kisah peperangan Khandak @ Ahzab. Memang just nice la syawal2 ni baca kisah perang Khandak sebab Perang Khandak memang berlaku pada bulan syawal, yakni pada tahun ke 5 Hijrah, dan Takbir Raya yang kita alunkan time raya pada zaman sekarang ni pun sejarahnya berasal dari perang ni, iaitu apabila tentera muslimin bertakbir selepas menang dalam peperangan Khandak. MasyaAllah memang bermanfaat la buku ni. Right timing orang kata. Lagi pulak, diri sendiri memang dah lame nk tahu detail or nak lebih faham pasal perang khandak ni. Papepun, hakikatnya hadiah ni daripada Allah yg Maha Pemurah & He always knows what is the rite time to give sumthing to us. Alhamdulillah, segala puji hanya layak bagi ALLAH..Buku ni sangat best dan bermanfaat. I looike~ Jazakillah kak Lengkuas Biru.. ;) Berazam untuk khatamkan buku ni dengan segera..AMin~

Fakta ringkas Perang Khandak;

-Perang yang berlaku dalam bulan Syawal termasuklah Perang Uhud, Perang Khandak, dan Perang Hunain
-Perang Khandak atau bermaksud parit besar ni melibatkan 10,000 tentera ahzab (tentera bersekutu iaitu kaum Quraisy mekah + Yahudi di luar dan dalam Madinah sendiri)
-Tentera Islam hanya seramai 3000 orang berjaya mengalahkan tentera kuffar dengan pertolongan ALLAH.
-Idea asal pembinaan parit sebagai salah satu taktik peperangan adalah daripada sahabat bernama SALMAN AL-FARISI yang berasal dari Parsi (Iran), merupakan taktik baru kerana orang Arab masa tu belum tahu pasal parit2 ni, so golongan tentera Ahzab agak terkejut la bila sampai di Madinah. When tentera kuffar nak lompat (with/without kuda) utk melepasi parit, diorg gagal sebab first time jumpa parit yg sgt lebar dan dalam.Kalau lepas pun, bilangannya x ramai & tentera Islam pulak dah tunggu kat another side.
-Pertolongan Allah utk tentera muslimin sangat banyak, antaranya pengislaman Nu'eim bin Mas'uud iaitu seorang musyrikin Madinah. Dengan takdir Allah, Nu'eim memeluk Islam lalu menawarkan diri untuk menerima sbrg tugas @ arahan drpd nabi Muhammad s.a.w.
-Oleh kerana pengislaman Nu'eim ni masih baru dan tidak diketahui oleh pihak musuh, maka amat mudah bagi Nu'eim utk mencetuskan sangka baruk (perang saraf ) di antara tentera ahzab, lalu kekuatan musuh menjadi lemah kerana saling berburuk sangka antara satu dgn yg lain.
-Selain itu, selepas 10 malam barisan Al-Ahzab mengadakan kepungan terhadap tentera muslimin, berlaku peristiwa ribut taufan yang dahsyat, menyebabkan semua khemah tentera musyrikin yang dibina di sepanjang parit (khandak) musnah termasuklah alatan perang mereka.
-Huzaifah al-Yaman pula dihantar oleh Rasulullah untuk mengintip kelemahan pihak musuh dan dengan izin dan pertolongan Allah, intipan itu berjaya dan Huzaifah kemudian menyampaikan semua maklumat di medan musuh kepada Rasulullah..

Itu sedikit sebanyak fakta ringkas yg dpt saya kongsikan setakat ni, banyak lagi kisah2 menarik di sebalik perang khandak ni dan masih byk pengajaran yg nak dikongsi bersama namun saya juga masih belum mampu menghabiskan buku ini lagi dek kerana byk lagi tugasan lain yg menanti. InsyaAllah, andai diberi ruang waktu oleh yg Esa, akan sy kongsikan intipati kisah hidup nabi ni.


Thursday, September 24, 2009

Terpujuk


Agak terkilan dan kecewa sebenarnya apabila mengetahui satu realiti yang sama sekali di luar jangkaan kita. Sebenarnya hati ini sangat-sangat sedih dan terkilan apabila mengetahui hakikat sebenar yang berlaku. Selama ini, aku menyangka mereka faham, rupa-rupanyanya impian murni itu cuma angan-angan kosongku belaka. Dengan izin Allah, aku diberi peluang untuk menyingkap perkara sebenar yang berlaku. Beristighfar sekejap dalam hatiku mengenangkan masalah ini. Ya Allah..apa yang patut aku lakukan. Lemahnya aku kerana aku tidak mampu untuk melaksanakan nahi mungkar ini. Bagaimanakah harus aku mengingatkan mereka di saat mereka terleka seketika? Lemahnya aku kerana amar makruf yang aku laksanakan ini nampaknya tidak berkesan di hati mereka. Aku kembali memuhasabah diri, di mana silapnya..Mungkin kesilapan itu berpunca dari diriku sendiri..Andai benar aku yang bersalah ya Allah, maka hanya padaMu jualah aku memohon keampunan..Astaghfirullah..Terlintas di benakku, adakah meraka benar-benar tidak tahu, benar-benar tidak faham atau hanya sengaja buat-buat tidak faham?Aku memujuk diri dengan ayat-ayat cinta dari Tuhanku..

'Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kpd org yg engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kpd org yg Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui org2 yg mahu menerima petunjuk. (28: 56)'

Memang benar jalan yang diseru ini bukan jalan indah seperti yang mereka harapkan. Bukan juga jalan biasa yang dilalui oleh kebanyakan manusia. Sebab itu mereka memilih jalan yang berlawanan itu. Jalan biasa itu ternyata jalan yang lebih indah dengan hiasan-hiasan duniawi, yang seringkali melalaikan pengguna-pengguna di jalan itu. Seolah-olah berada di jalan raya yang langsung tiada papan tanda peringatan, maka mudahlah mereka lalai dan di akhirnya pasti mereka bakal menemui kecelakaan.

"Sekiranya apa yang kamu seru kepada mereka mempunyai keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya pasti mereka akan mengikutimu, tetapi apa yang kamu seru ini adalah sangat jauh dan terdapat duri kesusahan".[At-Taubah : 42]

Jalan ini..
Jalan dakwah dan tarbiyyah
Jalan yang menyeru kepada pengabdian semata-mata kepada Allah
Jalan yang penuh dengan duri-duri kesusahan
Jalan yang tidak dihiasi dengan warna warni kehidupan
Jalan yang selalu mengalirkan airmata
Jalan yang belum pasti kesudahnnya

Kadang-kadang terlintas juga di hati kecil ini untuk berehat daripada terus-terusan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ini. Kadang-kadang terkilan juga rasa hati kenapa seruan ini tidak menunjukkan sebarang hasil positif seperti yang diharapkan? Ingin lari dari jalan ini? Siapa yang bakal rugi nanti? Diri sendiri kan? Kenapa perlu merajuk dari jalan dakwah? Kerana ia sukar? Tiada hasil? Dibenci dan tidak disukai oleh manusia lain? Itukan dugaan dunia dan memang cabaran dan sunnatullah yang telah tersedia buat si penempuh jalan ini. Jalan ini lebih banyak durinya daripada bunga-bunga. Memerlukan lebih banyak pengorbanan dan mujahadah. Aku memuhasabah diri dengan kisah Nabi Yunus.

Nabi Yunus lari daripada kaumnya akibat seruannya yang tidak didengari, malah sebagi nabi, Nabi Yunus dibenci, dihina dan sebagainya hanya kerana menyeru kaumnya kepada Allah. Akibat sedih dan kecewa dengan kaumnya yang tidak mahu mendengar seruannya itu, Nabi Yunus lari dari kaumnya dan akhirnya berjaya menaiki sebuah kapal menuju ke tempat yang lain. Di tengah laut, kapal itu hampir tenggelam lalu diadakan undian untuk mengurangkan ahli kapal supaya kapal itu selamat. Dua kali undian dicabut, ternyata Nabi Yunus juga yang terpilih dan akhirnya Nabi Yunus dicampak ke laut lalu ditelan oleh ikan yang besar. Di dalam perut ikan tersebut, Nabi Yunus kembali memuhasabah dirinya . Begitu lembut teguran yang Allah berikan buat Nabi Yunus. Nabi Yunus kembali sedar akan kesalahannya yang sgt mudah berputus asa dan lari meninggalkan kaumnya. Lalu Nabi Yunus memohon keampunan kepada Allah. Dengan sifat Allah yang Maha Pemurah dan Penyanyang, maka terdamparlah Nabi Yunus kembali ke darat dan dia kembali menyeru kaumnya kepada Allah. Dengan izin Allah,sangat ramai dari kaumnya yang beriman dengan seruannya. Pengajaran dari kisah ini ialah JANGAN MERAJUK DARI JALAN DAKWAH kerana yang memberi petunjuk kepada hati-hati manusia ialah ALLAH,bukan kita. Tugas kita hanyalah sekadar memberi peringatan kepada mereka.

'Bukanlah kewajibanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki...(2: 272)'

Hakikatnya, kefahaman dan perubahan yang mahu dibina dalam diri itu memerlukan masa dan proses tarbiyyah yang berterusan. Yang betul-betul komited, bukan sekadar melepas batuk ditangga. Memerlukan usaha yang benar-benar ikhlas dan serius. Mereka perlu terus dididik dan tidak boleh terus dibiarkan lalai dan leka. Bukankah mahu ke syurga bersama-sama mereka? Dalam derap langkah yang seiring menuju Tuhan yang Esa? Bukankah mahu agar mereka menjadi orang lebih baik dari dari yang sebelumnya.. ya,itulah niatku. Semoga Allah tetap memberi pentunjuk kepada hati-hati kami..Amin~

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman [Ad-Dzariyat : ayat 55]

Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat [As-Syu’araa’: 214]

Thursday, September 17, 2009

Di penghujung Ramadhan..


Berkatalah Ramadhan…..
“Kamu semua, kaum muslimin dan muslimah telah menunggu kedatanganku, Bulan Ramadhan

"Kamu semua, telah menyambutku dengan bisikan-bisikan zikir,bersujud dahimu ke bumi, tidak kira siang dan malam menangisi dosa-dosamu dan mengisi penuh harapan memohon restu dan keampunan kepada Allah Rabul Jalil.."

"Kamu semua telah bertekun melipatkan amal jariah dan kebajikan untuk merebut peluang menambah saham sebagaimana di janji Allah SWT… "

"Dan kini aku, Ramadhan, kian meninggalkan kamu…Untuk memberi laluan kepada Syawal…."

******************************************************************************

Ingatlah…Ramadhan telah mengajar kamu bersederhana dalam makanan dan minuman serta segala perbelanjaan

Janganlah…Syawal menjadi pembuka nafsu selera dengan berlebih-lebihan dan membazirkan

Ingatlah…Ramadhan telah mengajak kamu mendirikan solat-solat fardhu dan sunat

Janganlah…Syawal menjadi titik noktah untuk meneruskan segala ibadah

Ingatlah…Ramadhan telah mensucikan jiwa kamu untuk membuat kebajikan dan amal jariah

Janganlah…Syawal menjadi penghalang untuk menghulurkan bantuan

Ingatlah…Ramadhan telah membasahkan lidah-lidah kamu dengan bertasbih, bertahmid dan berzikir

Janganlah…Syawal mengeringkan lidah-lidah dengan kata-kata yang jahat

Ingatlah…Ramadhan telah mendidikkan akhlak kamu agar lebih mulia

Janganlah…Syawal menukarkan akhlak kamu dengan segala sifat yang menjijikkan

Ingatlah…Ramadhan telah datang untuk mengubah diri kita agar lebih mendekati Allah SWT

Janganlah…Syawal membawa kita jauh daripada Allah SWT…Semoga kita menjadi insan seperti baru lahir ke dunia agar dapat membina cara hidup yang lebih baik selepas Ramadhan ini.

Sunday, September 13, 2009

Tentang Iman


Kenapa iman penting? Iman penting bagi setiap individu Muslim dan juga organisasi dakwah kerana beberapa faktor:

1. Iman merupakan prioriti utama di dalam kehidupan muslim. Ingatlah ungkapan Harithah b. Malik al-Ansori ketika menjawab pertanyaan Rasulullah s.a.w: “Bagaimana kamu hari ini wahai Harithah?” Jawab Harithah: “Aku dalam keadaan sebagai seorang mukmin yang sebenar.”

2.Iman adalah asas yang menerbitkan amal dan akhlak. Tidakkah kita lihat bagaimana Allah memadukan iman dan amal di dalam ayat-ayat al-Quran sebagai bukti iman yang hidup dan dinamik. Sinergi inilah yang disebut Baginda s.a.w di dalam hadisnya: "Islam itu sifatnya terang (dizahirkan) sedangkan iman bertakhta di hati." Bukankah jasad yang baik dari sekeping hati yang baik, begitulah sebaliknya, jasad yang buruk berpunca dari hati yang buruk.

3. Iman adalah faktor untuk melaksanakan amal dengan bersungguh-sungguh, ihsan, teliti dan kuat. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah amat suka apabila salah seorang daripada kamu melakukan satu-satu pekerjaan, dia bersungguh-sungguh."

4. Dakwah dan harakah yang bergerak di atas iman yang hidup, dinamik, fresh akan memberikan kesan, hasil dan keberkatan pada individu, masyarakat dan realiti.

5. Iman adalah sebaik-baik bekalan di dalam memikul beban dakwah dan perjalanan yang tidak bertepi ini. Imanlah yang memberikan kethabatan (keteguhan) pada amal kita.

6. Imanlah yang menghasilkan pendirian hebat, pejuang luar biasa, berkorban harta dan nyawa sebagaimana para sahabat dan seerah salafussolih.

7. Iman juga menjadi tali pengikat antara matlamat yang jauh dan berfasa dengan wawasan besar dan dekat. Hubungan amal ini menjadi padu dan utuh.

Mengapa seringkali iman kita lemah? Antara sebab-sebab yang membawa kelemahan iman ialah:

1. Larut dan tenggelam dalam kesibukan duniawi. Kita sibuk dengan urusan kerja kita, anak-anak, isteri, dan keluarga. Kita sibuk mengumpul dan menimbun harta. Allah berfirman: “Mereka disibukkan dengan harta dan ahli keluarga mereka..” (al-Fath: 11). Sibuk mengejar kenaikan pangkat, jawatan dan kedudukan. Ketika Umar r.a. melalui pasar dia berkata kepada dirinya: “Sorakan dan tepukan di pasar-pasar telah melalaikan diriku..”. Bertanyalah diri kita dan bermuhasabahlah agar kita tidak dilekakan dengan kehidupan dunia.

2. Lalai dengan sebab yang boleh menambah dan menyubur iman. Kata salah seorang sahabat Nabi s.a.w: “Iman bertambah dan berkurang, bila kami ingat Allah, maka itu tanda iman bertambah, bila kami lupa dan leka, maka itu tanda iman berkurang..”. Para sahabat r.a sentiasa menyebut: “Wahai Rasulullah s.a.w, apabila kami bersamamu, hati kami jadi lembut seolah-olah kami ahli akhirat, namun bila kami keluar majlis bersama engkau lalu disibukkan dengan isteri, anak-anak dan perkara sia-sia, maka hati kami jadi keras, maka kami telah menjadi ahli dunia..”.

3. Banyak beban dan tanggungjawab serta urusan yang berkaitan dengannya sehingga kita tidak ada ruang untuk mengintrospek diri dan memberikan hak hati dan jiwa.

4. Lemah mutabaah (follow-up) dan taujih imani dari murabbi dan memberikan perhatian utama dalam proses tarbiyah kepada mutarabbi. Pertemuan-pertemuan kita kering dan gersang dari ma’ani imani.

5. Banyak pertemuan-pertemuan kita lebih bersifat idari (pengurusan), kekeringan ruh, banyak berselisih pendapat dan berdebat, menonjolkan diri sehingga hilang makna kelembutan jiwa.

Mari kita rawat dan segarkan iman kita dengan perkara berikut:

Tahap Individu:

1. Sentiasa bertafakur dan memikirkan kejadian alam. Berfikir sesaat lebih baik dari bangun sepanjang malam. Begitulah kata-kata Hasan al-Basri. Abu Sulaiman ad-Darini pernah berkata: “Sesungguhnya aku bila keluar dari rumah, aku pastikan mataku tidak lain hanya untuk melihat keagungan Allah, padanya aku memperolehi kenikmatan dan ibrah.”

2. Tafakur tentang kitabullah. Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah kamu tidak memerhatikan al-Quran” (Muhammad: 24). “Sesungguhnya kami telah mempermudahkan al-Quran sebagai peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pengajaran” (al-Qamar: 17). Semakin kita mentadabbur al-Quran, semakin kita bertemu rahsia-rahsia al-Quran, semakin menyentuh dan melembut jiwa, semakin membugar dan merefreshkan hati kita. Alangkah indahnya saat-saat baginda berqiamullail, baginda selalu membacakan satu ayat dari surah al-Maidah, ayat 118 “Jika Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hambaMu, jika Engkau memberi keampunan untuk mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Perkasa dan Maha Bijaksana..”.

3. Berfikir tentang nikmat Allah dan sunnatullah. Berfikirlah tentang banyaknya nikmat Allah kepada kita, dari sekecil-kecil nikmat sehingga sebesar-besar nikmat. Dari nikmat yang dapat dilihat dan dirasa kepada nikmat yang tidak dapat dilihat dan dirasa. Dan sebesar-besar nikmat ialah nikmat Iman dan nikmat Islam. Mari kita bertafakur tentang sunnatullah pada ciptaanNya. Lihatlah keunikan dan kreativiti ciptaan pada makhluk-makhluknya, pada kejadian langit dan bumi, deria-deria, sistem mata rantai makanan, alam astronomi, galaksi dan sebagainya. Semua ini dapat menyubur dan menyegar hakikat kekerdilan diri dan menambah keimanan kita.

4. Perbanyakkan ibadah wajib dan tambahkanlah dengan ibadat nawafil. Laksanakanlah ibadah dengan penuh kesungguhan, penuh khusyuk dan tadarru’. Segeralah menunaikan solat berjamaah di masjid, kerjakanlah ia di awal waktu, perbanyakkan tilawah Quran, berqiamulalil, berpuasa dan sentiasa berzikir.

5. Perangilah kebatilan dengan kuasa kebenaran. Iman yang hidup adalah iman yang dipenuhi dengan jiwa mempertahankan al-Haq. Kebatilan pasti akan musnah dan hancur jika hati merasa bangga dengan keimanan dan al-Haq. Jiwanya tidak akan gentar dan takut kerana tempat harapan dan pergantungannya adalah Allah. Ambillah inspirasi dan motivasi dari surah Ali-Imran, ayat 173 dan al-Ahzab, ayat 22.

Tahap Dakwah:

1. Meningkatkan kualiti halaqah kita dengan menjadikan ia pusat tarbiyah untuk membangunkan iman yang hidup. Hidupkan halaqah kita dengan atmosfera imani (tilawah + hafazan + doa rabithah + taujih imani) dan aktiviti imani (mabit + ziarah kubur + solat fajar bersama + solat nafilah berjamaah + membaca kitab raqaiq dan tazkiyah an-nafs).

2. Tingkatkan kualiti murabbi yang melaksanakan empat peranan utamanya seperti kata-kata Imam Hasan al-Banna (bapa – kasih sayang, syeikh – kerohanian, ustaz- keilmuan dan pemimpin – kepemimpinan). Ini kerana Murabbi itu adalah syeikh tarbiyah ruhiyyah dan bapa ruhi pada mutarabbi. Dia membangun iman mutarabbinya, menyubur dan memantau jadual muhasabah harian mutarabbinya.

3. Sentiasa menjadikan solat malam sebagai amalan warisan dari generasi salaf yang mendapat kemulian. Solat yang melembut jiwa, mengalir air mata keinsafan dan menumbuh kekhusyukan, jauh dari runtunan dunia dan pesonanya.

4. Memfokuskan aspek imani dan ruhi dalam setiap acara pertemuan dan perkhemahan di samping objektif lain bagi acara-acara tersebut.

5. Mulakan setiap agenda pertemuan dengan taujih imani dan khawatir imani.

6. Meletakkan isu iman sebagai prioriti utama dalam mengurus dan mengendalikan organisasi.

7. Hidupkan makna ruh ukhuwwah imaniyah di dalam kehidupan kita. Carilah teman yang solih yang akan memberikan nasihat ketika kita lupa. Teman yang baik ibarat penjual minyak wangi, begitulah sebaliknya teman yang buruk ibarat tukang besi. “Al-mukmin miraatu akhihi..” (Mukmin itu adalah cermin saudaranya).

Ayuh! Bangun dan bugarkan iman Kita.

Sumber : ISMAWEB

Kawan..


Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang

Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan

Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Saturday, September 12, 2009

Sedarlah wahai diriku..

Apa rasanya andai barang milik kita diambil oleh orang lain? Sedih atau gembira?Pasti gembira jika barang itu tiada nilainya di sisi kita, gembira lah kita kerana akhirnya barang itu bukan lagi di bawah bebanan kita. Tak perlu difikirkan ke mana hendak dibuang barang itu, kemana hendak ditanam atau dilupuskan barang itu memandangkan kita tidak mahu lagi menyimpannya. Pasti lega rasa hati. Lega kerana ia akhirnya lepas ke tangan orang lain.

Dan sebaliknya andai barang itu amat bermakna dan bernilai untuk kita, dan kita pun amat sayang pada barang tersebut, pasti amat sedih andai barang tersebut hilang dari kita atau diambil tanpa izin oleh orang lain. Pasti sekali hati kita geram dan marah pada si pengambil tersebut. Lebih lebih lagi jika barang tersebut amat tinggi nilainya dan amat susah untuk didapati,hanya satu dalam seribu barangkali. Dan bagaimana pula andai setelah berfikir panjang baru kita sedari yang sebenarnya barang yang disayangi lalu diambil orang itu sebenarnya ia bukanlah hak mutlak kita pada asalnya? Baru tersedar bahawa barang itu adalah barang yang baru kita dapati atau jumpai tanpa diketahui dari mana datangnya. Walaupun agak terkilan kerana ianya pernah menjadi barang yang kita sayangi, namun hakikat sebenarnya ia adalah milik orang lain, yakni si pengambil tadi. Si pengambil tadi sebenarnya yang berhak mutlak ke atas barang tersebut. Dan hakikat yang lebih pedih ialah sebenarnya kitalah yang merampas barang tersebut dari pemilik asal tadi. Kita yang mengambil barang itu tanpa izin dari pemilik mutlaknya. Lantas, apa perasaan tika itu terhadap diri kita sendiri kerana kitalah yg sepatutnya digelar perampas/pencuri? Marah dan geram kepada diri sendiri? Apa yang perlu dilakukan untuk menenangkan hati dengan kehilangan barang yang hakikatnya bukan milik kita itu?

Kita geram dan marah kepada orang yang mengambil barang kita tetapi apabila diri sendiri yang melakukannya,sanggupkah kita marah dan geram kepada diri sendiri?Sedarlah wahai diriku..sedarlah...