Saturday, September 12, 2009

Sedarlah wahai diriku..

Apa rasanya andai barang milik kita diambil oleh orang lain? Sedih atau gembira?Pasti gembira jika barang itu tiada nilainya di sisi kita, gembira lah kita kerana akhirnya barang itu bukan lagi di bawah bebanan kita. Tak perlu difikirkan ke mana hendak dibuang barang itu, kemana hendak ditanam atau dilupuskan barang itu memandangkan kita tidak mahu lagi menyimpannya. Pasti lega rasa hati. Lega kerana ia akhirnya lepas ke tangan orang lain.

Dan sebaliknya andai barang itu amat bermakna dan bernilai untuk kita, dan kita pun amat sayang pada barang tersebut, pasti amat sedih andai barang tersebut hilang dari kita atau diambil tanpa izin oleh orang lain. Pasti sekali hati kita geram dan marah pada si pengambil tersebut. Lebih lebih lagi jika barang tersebut amat tinggi nilainya dan amat susah untuk didapati,hanya satu dalam seribu barangkali. Dan bagaimana pula andai setelah berfikir panjang baru kita sedari yang sebenarnya barang yang disayangi lalu diambil orang itu sebenarnya ia bukanlah hak mutlak kita pada asalnya? Baru tersedar bahawa barang itu adalah barang yang baru kita dapati atau jumpai tanpa diketahui dari mana datangnya. Walaupun agak terkilan kerana ianya pernah menjadi barang yang kita sayangi, namun hakikat sebenarnya ia adalah milik orang lain, yakni si pengambil tadi. Si pengambil tadi sebenarnya yang berhak mutlak ke atas barang tersebut. Dan hakikat yang lebih pedih ialah sebenarnya kitalah yang merampas barang tersebut dari pemilik asal tadi. Kita yang mengambil barang itu tanpa izin dari pemilik mutlaknya. Lantas, apa perasaan tika itu terhadap diri kita sendiri kerana kitalah yg sepatutnya digelar perampas/pencuri? Marah dan geram kepada diri sendiri? Apa yang perlu dilakukan untuk menenangkan hati dengan kehilangan barang yang hakikatnya bukan milik kita itu?

Kita geram dan marah kepada orang yang mengambil barang kita tetapi apabila diri sendiri yang melakukannya,sanggupkah kita marah dan geram kepada diri sendiri?Sedarlah wahai diriku..sedarlah...

0 comments:

Post a Comment