Thursday, September 24, 2009

Terpujuk


Agak terkilan dan kecewa sebenarnya apabila mengetahui satu realiti yang sama sekali di luar jangkaan kita. Sebenarnya hati ini sangat-sangat sedih dan terkilan apabila mengetahui hakikat sebenar yang berlaku. Selama ini, aku menyangka mereka faham, rupa-rupanyanya impian murni itu cuma angan-angan kosongku belaka. Dengan izin Allah, aku diberi peluang untuk menyingkap perkara sebenar yang berlaku. Beristighfar sekejap dalam hatiku mengenangkan masalah ini. Ya Allah..apa yang patut aku lakukan. Lemahnya aku kerana aku tidak mampu untuk melaksanakan nahi mungkar ini. Bagaimanakah harus aku mengingatkan mereka di saat mereka terleka seketika? Lemahnya aku kerana amar makruf yang aku laksanakan ini nampaknya tidak berkesan di hati mereka. Aku kembali memuhasabah diri, di mana silapnya..Mungkin kesilapan itu berpunca dari diriku sendiri..Andai benar aku yang bersalah ya Allah, maka hanya padaMu jualah aku memohon keampunan..Astaghfirullah..Terlintas di benakku, adakah meraka benar-benar tidak tahu, benar-benar tidak faham atau hanya sengaja buat-buat tidak faham?Aku memujuk diri dengan ayat-ayat cinta dari Tuhanku..

'Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kpd org yg engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kpd org yg Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui org2 yg mahu menerima petunjuk. (28: 56)'

Memang benar jalan yang diseru ini bukan jalan indah seperti yang mereka harapkan. Bukan juga jalan biasa yang dilalui oleh kebanyakan manusia. Sebab itu mereka memilih jalan yang berlawanan itu. Jalan biasa itu ternyata jalan yang lebih indah dengan hiasan-hiasan duniawi, yang seringkali melalaikan pengguna-pengguna di jalan itu. Seolah-olah berada di jalan raya yang langsung tiada papan tanda peringatan, maka mudahlah mereka lalai dan di akhirnya pasti mereka bakal menemui kecelakaan.

"Sekiranya apa yang kamu seru kepada mereka mempunyai keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya pasti mereka akan mengikutimu, tetapi apa yang kamu seru ini adalah sangat jauh dan terdapat duri kesusahan".[At-Taubah : 42]

Jalan ini..
Jalan dakwah dan tarbiyyah
Jalan yang menyeru kepada pengabdian semata-mata kepada Allah
Jalan yang penuh dengan duri-duri kesusahan
Jalan yang tidak dihiasi dengan warna warni kehidupan
Jalan yang selalu mengalirkan airmata
Jalan yang belum pasti kesudahnnya

Kadang-kadang terlintas juga di hati kecil ini untuk berehat daripada terus-terusan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ini. Kadang-kadang terkilan juga rasa hati kenapa seruan ini tidak menunjukkan sebarang hasil positif seperti yang diharapkan? Ingin lari dari jalan ini? Siapa yang bakal rugi nanti? Diri sendiri kan? Kenapa perlu merajuk dari jalan dakwah? Kerana ia sukar? Tiada hasil? Dibenci dan tidak disukai oleh manusia lain? Itukan dugaan dunia dan memang cabaran dan sunnatullah yang telah tersedia buat si penempuh jalan ini. Jalan ini lebih banyak durinya daripada bunga-bunga. Memerlukan lebih banyak pengorbanan dan mujahadah. Aku memuhasabah diri dengan kisah Nabi Yunus.

Nabi Yunus lari daripada kaumnya akibat seruannya yang tidak didengari, malah sebagi nabi, Nabi Yunus dibenci, dihina dan sebagainya hanya kerana menyeru kaumnya kepada Allah. Akibat sedih dan kecewa dengan kaumnya yang tidak mahu mendengar seruannya itu, Nabi Yunus lari dari kaumnya dan akhirnya berjaya menaiki sebuah kapal menuju ke tempat yang lain. Di tengah laut, kapal itu hampir tenggelam lalu diadakan undian untuk mengurangkan ahli kapal supaya kapal itu selamat. Dua kali undian dicabut, ternyata Nabi Yunus juga yang terpilih dan akhirnya Nabi Yunus dicampak ke laut lalu ditelan oleh ikan yang besar. Di dalam perut ikan tersebut, Nabi Yunus kembali memuhasabah dirinya . Begitu lembut teguran yang Allah berikan buat Nabi Yunus. Nabi Yunus kembali sedar akan kesalahannya yang sgt mudah berputus asa dan lari meninggalkan kaumnya. Lalu Nabi Yunus memohon keampunan kepada Allah. Dengan sifat Allah yang Maha Pemurah dan Penyanyang, maka terdamparlah Nabi Yunus kembali ke darat dan dia kembali menyeru kaumnya kepada Allah. Dengan izin Allah,sangat ramai dari kaumnya yang beriman dengan seruannya. Pengajaran dari kisah ini ialah JANGAN MERAJUK DARI JALAN DAKWAH kerana yang memberi petunjuk kepada hati-hati manusia ialah ALLAH,bukan kita. Tugas kita hanyalah sekadar memberi peringatan kepada mereka.

'Bukanlah kewajibanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki...(2: 272)'

Hakikatnya, kefahaman dan perubahan yang mahu dibina dalam diri itu memerlukan masa dan proses tarbiyyah yang berterusan. Yang betul-betul komited, bukan sekadar melepas batuk ditangga. Memerlukan usaha yang benar-benar ikhlas dan serius. Mereka perlu terus dididik dan tidak boleh terus dibiarkan lalai dan leka. Bukankah mahu ke syurga bersama-sama mereka? Dalam derap langkah yang seiring menuju Tuhan yang Esa? Bukankah mahu agar mereka menjadi orang lebih baik dari dari yang sebelumnya.. ya,itulah niatku. Semoga Allah tetap memberi pentunjuk kepada hati-hati kami..Amin~

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman [Ad-Dzariyat : ayat 55]

Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat [As-Syu’araa’: 214]

0 comments:

Post a Comment