Friday, March 26, 2010

Buka Matamu..saksikanlah sendiri..

Hampir sebulan lamanya Allah menakdrikan aku berada di sebuah bandar. Bandar yg agak besar. Petaling Jaya. Dalam skop yg lebih kecil dan spesifik, Kelana Jaya. Rumah sewa dan tempat kerja di Kelana Jaya. Mungkin kecil sahaja dipandangan mata manusia yg memang sudah biasa hidup di bandar2 besar tapi bandar ini besar kesannya padaku.



Bus RapidKL


Sebulan lamanya pergi dan balik dengan menggunakan public transport. Bus rapidKL yg setia melalui jalan yang sama setiap hari. Aku juge semakin setia menjadi penggunanya sejak hampir sebulan yg lalu. Alhamdulillah, makin seronok menikmati kemudahan yang disediakan walaupun kadang2 terdapat halangan seperti hujan lebat, atau terlepas bus atau bus yg ditunggu x kunjung tiba. Tp itulah adatnye orang yang menaiki public transport. Byr murah so ade la juge cons nye. As long as hidup boleh diteruskan ngan public transport, teruskan! (^_^) So far naik bus jarang la berdiri. tak mcm lrt, kene bersesak2..Alhamdulillah, dipermudahkan walaupun hanya dengan sebuah bus. Pengalaman yang menyentuh hati dlm bus apabila 'dipilih' oleh Allah utk menjadi saksi adegan2 yg x patut dilakukan di public (T_T). Sepanjang sebulan menaiki bus, sudah 2 kali terserempak dengan pasangan2 yang tidak segan silu melakukan adegan tak senonoh mereka. MasyaAllah, sudah hilang sifat malu dalam diri mereka. Pasangan muda yang masih belum berkahwin berkelakuan sumbang, di dalam bus! Bagai nak tercabut jantung apabila melihat perlakuan mereka. Geram! rase nak baling batu besar kat kepala si pelaku..tetapi tanganku tidak berdaya melakukannya. Lidahku tidak tegar menegur mereka. Hanya mata yang mampu melirik bersama sekeping hati yang sedih mendoakan agar mereka di beri petunjuk..Masalah umat kian parah..Sepanjang sebulan menaiki bus juga, dpt dilihat bagaimana cara hidup orang2 bandar @ kota. terutamanya anak2 muda. Sedih melihat keadaan ni. sungguh benar, masalah umat kian parah..makin byk tenaga diperlukan utk mengislah ummah..namun di manakah tenaga2 itu???


Sunday, March 21, 2010

KCB & PBAKL 2010

Sabtu dan ahad yang terisi. Terisi kerana ada plan. Moralnye, setiap kali waktu lapang menjelma, harus ade to-do-list spy masa x terbuang sia-sia. Ayuh amalkan ;)

Alhamdulillah, weekend 20-21 Mac telah hampir tamat. Isnin bakal menjelma, menuntut pengorbanan dan jihad di medan pekerjaan pula. Semoga Allah permudahkan dan berkati segalanya, samada ketika lapang mahupun sempit.Amin~

.:Sabtu:.

Disebabkan ditinggalkan keseorangan di rumah, maka terpaksa menguruskan hal2 teknikal rumah. cewah~ Oh bukan ape pun, En Rozi selaku orang yang bertanggungjawab ke atas sistem perpaipan rumah di apartment telah dtg untuk membetulkan meter air. Disebabkan saya kene keluar jam 11 utk pergi institut memandu, maka saya meminta En Rozi dtg lebih awal. Mujur meter tu kat luar rumah,xdek la rase bersalah sgt sebab x bukan grill utama tu. Lega segalanya berjalan lancar. RM60 telah diserahkan sebagai upah yang telah dimaklumkan oleh hosmet seblumnya. Ok, selesai satu. Sekarang ke institut memandu pula. Masa belajar dlm kepanasan dan kepenatan, perlu membetulkan niat kenapa saya perlu ade lesen memandu yg sah. Alhamdulillah tamat juge di sana. Pulang dan masak utk lunch + dinner. Petang dan malam saya peruntukkan utk menonton. Special movie for this week : KETIKA CINTA BERTASBIH, part 1 and also 2 finished! Almighty God, very good and inspiring movie. Sempat jugak la menyalin beberapa kata2 dan pengajaran berguna dari MOVIE ni.Antaranya;






  • Potensi dakwah - Orang yg ada nilai2 & bakat yg mantap dalam diri perlu diasah lagi supaya manfaat itu dpt disumbangkan utk dakwah juga ie penulisan yg memberi kesan ke atas jiwa, public speaking...etc

  • Istikharah - setiap kali utk mem buat keputusan, bukan utk urusna jodoh sahaja, malah kalau boleh segala yg berkaitan dgn kehidupan ni harus istikharah, mohon bimbingan Allah


  • perlu ada prinsip hidup berdasakan Al-Quran & Hadith. Baru ade pendirian & strong karakter.


  • Ukuran firasat sahaja x cukup dlm memilih calon isteri/suami. Perlu fikirkan pelbagai perkara lagi - sekufu @ tak, ada asas agama yg kuat @ x, boleh disayangi @ x. Urusan jodoh ni perlu pilih dgn cermat & penuh pertimbangan sebab tu pasangan sepanjang hidup.


  • Ithar (melebihkan org lain) dalam urusan ketaatan kepada Allah @ ibadah (ie pernikahan) adalah makruh, Tapi ithar utk selain ibadah adalah SGT dianjurkan.


  • Definisi cinta? - boleh rujuk KCB 1 part 9 (^_^)


  • Cinta sejati itu sepatutnya menyembuhkan, bukan menyakitkan.


  • Takut + rindu pada Allah yang membantu kita mengatasi rasa cinta terhadap dunia - boleh rujuk KCB 1 part 10 (^_^)v


  • Segala urusan berkaitan ajal, jodoh, rezeki telah ditentukan dan pasti akan diberikan pada kita di saat yg terbaik yg hanya diketahui oleh Allah. (Rahsia itu hanya Allah yg tahu)


  • Allah berkuasa utk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Almighty God!~ Yakinlah padaNYA..



.:Ahad:.

Usai berjihad dlm kepanasan dan kepenatan memulas stereng kereta, laju langkah diatur utk bertemu dgn rakan dari shah alam (Syahida) dalam perancangan ke PWTC utk 29th International Bookfair 2010 @ PABKL 2010. Alhamdulillah, beberapa buku yang diidamkan diizinkan Allah utk menjadi milik saya ; Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman, La Tahzan - full version, La Tahzan - JAdilah wanita yg paling bahagia, dan juga CD Maher Zain yang diminati. Alhamdulillah, berjaya mendapatkan buku2 tersebut dlm masa yg singkat bersama sedkit diskaun di dlm kesibukan beribu2 manusia yg membanjiri PABKL 2010. Ade sebuah lagi buku penting yg ingin dimiliki iaitu Majmuk Rasail @ Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna. Namun nampaknya masih belum diizinkan Allah utk menjadi milik saya. Moga dapat dibeli lain kali. Amin~ Semoga saya dapat membaca semua buku2 yg saya beli ni, kemudian mengamalkannya serta menyebarkan kepada org lain..Amin ya Rabb!





* Is updating blog while listening to Maher zain's songs~*

Monday, March 15, 2010

Kembali

Hampir 3 bulan tempat ini sunyi. Sunyi dari luahan dan nasihat utk peringatan diri dan org lain. Terasa byk hak-hak yg tak dpt ditunaikan. sejak pulang for good, langsung tiada update (?_?). Teruk juga rasanya di saat blog ini tidak menjadi bermanfaat kpd pembacanya. Perlu konsisten @ istiqamah beri peringatan. bukan bermusim. nak2 skrg kemudahan internet lebih mantap. tiada alasan lagi utk membiarkan entry2 lama menghiasi dinding blog ini.

Selamat tinggal NZ!

Ucapan sejak 25 disember 2009. Meninggalkan NZ. pulang ke Msia setelah 2 tahun tidak menjenguk keluarga. Kepulangan yg ditunggu. Adik2 sudah membesar dan meninggi. sungguh lain rupa mereka dibandingkan dengan wajah mereka yg disimpan dalm kotak memori sejak 2 tahun lalu. Alhamdulillah, Allah izinkan daku bertemu dgn keluarga dalam keadaan gembira, sihat, sejahtera dan sebagainya. Alhamdulillah.

2 bulan tanpa apa2? Not really..

Januari dan Februari. 2 bulan penuh kerehatan. Namun tak lah terlampau berehat. Rehat dari belajar, betul. tapi tugas melapor diri dgn JPA, cari kerje, g interview, siapkan lesen serta membantu serba sedikt keluarga telah termasuk dalam agenda 2 bulan pertama di Malaysia. Oh ye, tidak lupa program2 yg dianjurkan utk student OZ-NZ yg balik bercuti summer. ALhamdulillah, diberi peluang attend porgram biarpun jarak kdg2 melemahkan semangat. MOga Dia sentiasa memilihku utk menghadiri majlis2 ilmu.

Mac

1 Mac bertukar status : pelajar - penganggur - pekerja. Alhamdulillah rezeki. hampir 3 minggu bekerja. sgt lain dgn dunia belajar dl. namun bekerja is also learning cuma x fomal mcm di uni. masih ada amanah (= esaimen) yg ade due date juge. byk perkara masih dlm proses belajar. sy pekerja baru belajar kalau salah harap maafkan (^_^). xtau berapa lama di sini. sekurang2nya sehingga sy dapat sambung masterskalau tempat ini adalah yg terbaik. first experiences, utk mencari pengalaman. niat kene jaga n betulkan setiap hari. kdg2 terpesong dari landasan di saat tugas2 yg terbeban di bahu bertambah.

*Moga dianugerahkan kekuatan dan ketabahan menghadapi liku2 kehidupan*