Sunday, March 21, 2010

KCB & PBAKL 2010

Sabtu dan ahad yang terisi. Terisi kerana ada plan. Moralnye, setiap kali waktu lapang menjelma, harus ade to-do-list spy masa x terbuang sia-sia. Ayuh amalkan ;)

Alhamdulillah, weekend 20-21 Mac telah hampir tamat. Isnin bakal menjelma, menuntut pengorbanan dan jihad di medan pekerjaan pula. Semoga Allah permudahkan dan berkati segalanya, samada ketika lapang mahupun sempit.Amin~

.:Sabtu:.

Disebabkan ditinggalkan keseorangan di rumah, maka terpaksa menguruskan hal2 teknikal rumah. cewah~ Oh bukan ape pun, En Rozi selaku orang yang bertanggungjawab ke atas sistem perpaipan rumah di apartment telah dtg untuk membetulkan meter air. Disebabkan saya kene keluar jam 11 utk pergi institut memandu, maka saya meminta En Rozi dtg lebih awal. Mujur meter tu kat luar rumah,xdek la rase bersalah sgt sebab x bukan grill utama tu. Lega segalanya berjalan lancar. RM60 telah diserahkan sebagai upah yang telah dimaklumkan oleh hosmet seblumnya. Ok, selesai satu. Sekarang ke institut memandu pula. Masa belajar dlm kepanasan dan kepenatan, perlu membetulkan niat kenapa saya perlu ade lesen memandu yg sah. Alhamdulillah tamat juge di sana. Pulang dan masak utk lunch + dinner. Petang dan malam saya peruntukkan utk menonton. Special movie for this week : KETIKA CINTA BERTASBIH, part 1 and also 2 finished! Almighty God, very good and inspiring movie. Sempat jugak la menyalin beberapa kata2 dan pengajaran berguna dari MOVIE ni.Antaranya;






  • Potensi dakwah - Orang yg ada nilai2 & bakat yg mantap dalam diri perlu diasah lagi supaya manfaat itu dpt disumbangkan utk dakwah juga ie penulisan yg memberi kesan ke atas jiwa, public speaking...etc

  • Istikharah - setiap kali utk mem buat keputusan, bukan utk urusna jodoh sahaja, malah kalau boleh segala yg berkaitan dgn kehidupan ni harus istikharah, mohon bimbingan Allah


  • perlu ada prinsip hidup berdasakan Al-Quran & Hadith. Baru ade pendirian & strong karakter.


  • Ukuran firasat sahaja x cukup dlm memilih calon isteri/suami. Perlu fikirkan pelbagai perkara lagi - sekufu @ tak, ada asas agama yg kuat @ x, boleh disayangi @ x. Urusan jodoh ni perlu pilih dgn cermat & penuh pertimbangan sebab tu pasangan sepanjang hidup.


  • Ithar (melebihkan org lain) dalam urusan ketaatan kepada Allah @ ibadah (ie pernikahan) adalah makruh, Tapi ithar utk selain ibadah adalah SGT dianjurkan.


  • Definisi cinta? - boleh rujuk KCB 1 part 9 (^_^)


  • Cinta sejati itu sepatutnya menyembuhkan, bukan menyakitkan.


  • Takut + rindu pada Allah yang membantu kita mengatasi rasa cinta terhadap dunia - boleh rujuk KCB 1 part 10 (^_^)v


  • Segala urusan berkaitan ajal, jodoh, rezeki telah ditentukan dan pasti akan diberikan pada kita di saat yg terbaik yg hanya diketahui oleh Allah. (Rahsia itu hanya Allah yg tahu)


  • Allah berkuasa utk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Almighty God!~ Yakinlah padaNYA..



.:Ahad:.

Usai berjihad dlm kepanasan dan kepenatan memulas stereng kereta, laju langkah diatur utk bertemu dgn rakan dari shah alam (Syahida) dalam perancangan ke PWTC utk 29th International Bookfair 2010 @ PABKL 2010. Alhamdulillah, beberapa buku yang diidamkan diizinkan Allah utk menjadi milik saya ; Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman, La Tahzan - full version, La Tahzan - JAdilah wanita yg paling bahagia, dan juga CD Maher Zain yang diminati. Alhamdulillah, berjaya mendapatkan buku2 tersebut dlm masa yg singkat bersama sedkit diskaun di dlm kesibukan beribu2 manusia yg membanjiri PABKL 2010. Ade sebuah lagi buku penting yg ingin dimiliki iaitu Majmuk Rasail @ Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna. Namun nampaknya masih belum diizinkan Allah utk menjadi milik saya. Moga dapat dibeli lain kali. Amin~ Semoga saya dapat membaca semua buku2 yg saya beli ni, kemudian mengamalkannya serta menyebarkan kepada org lain..Amin ya Rabb!





* Is updating blog while listening to Maher zain's songs~*

2 comments:

tun_telani said...

nk pergi pesta buku jugak =) but zauj akk dh belikan la tahzan:jadilah wanita yg plg bahagia n few other books yg masih belom berjaya dikhatamkan. huhu..

apa2 pun, nk ucap selamat mengupdate blog kembali.. =)

ps: masih belom berkesempatan menonton KCB :(

bidadaribesi said...

jzkk kak awe for ur support. InsyaAllah akan manfaatkan masa dan kemudahan tenet ni utk update blog n sharing pape ;)

KCB - recommnded! hehe..

Post a Comment