Monday, August 24, 2009

Ramadhan,bulan ujian..


Ramadhan yang ditunggu-tunggu dah pun tiba.Alhamdulillah, sudah menjejaki hari ke 3.Pantas sekali masa berputar, apa yang telah dilakukan sepanjang 3 hari Ramadhan? Ramadhan dikatakan bulan tarbiyyah, bulan mendidik jiwa, mendidik hati agar menjadi manusia yang lebih bertaqwa. Skali lagi, Ramadhan yang bertandang sarat dengan ujian. Baru hari ke-3 Ramadhan namun sudah banyak ujian yang telah dihadiahkan oleh Allah pada hambaNya ini. Saat ini dapat ku rasakan betapa hebat imanku diuji. Biarpun tanpa syaitan yang sering memujuk diri, nafsu yang sedia ada sudah cukup membuatkan diri ini melatah dengan ujian dari Tuhan. T_T. Sedih sekali mengenangkan diri yang sangat mudah termakan hasutan nafsu. Astaghfirullah, Kami mohon ampunan dariMu ya Allah.

Sabar..dan teruskan bersabar..bisikan itu sering datang di kala ujian Tuhan bertandang,satu demi satu. Manusia yang pelbagai ragam dan kerenah sedikit sebanyak menggoyahkan tugu kesabaranku. Kepelbagaian sifat2 manusia cukup menguji hatiku. Cuba untuk bersabar dan memuhasabah diri sbb yakin diri ini juga tidak kurang hebatnya dengan kerenah yang pelbagai. Kenali diri orang lain lalu akan semakin mengenali diri & juga semakin sedar akan diri.Faham bahawa setiap orang semakin sibuk,sibuk beribadah juga sibuk dengan urusan-urusan dakwah, banyak yang perlu diuruskan. Banyak yang perlu disettlekan dan difikirkan. Hati2 orang di sekeliling juga banyak yang perlu dijaga dan dipelihara. Penat. Berat. Sukar. Pedih. Lumrah..Kata-kata yang sering sekali lahir dari hati..Nah, itu baru sedikit ujianNya, namun diri terlalu mudah melatah. Terlalu mudah beralah. Mudah kalah. Mudah menyerah..Ini bukan sifat seorang pembawa risalah..bukan..tidak sepatutnya hadir dalam hati sanubari pendukung agama Allah.. ingin sekali menyahkan perasaan2 negative itu jauh2..mahu dilontarkan jauh semahu-mahunya..tidak sanggup membiarkan kelemahan itu terus bertapak dalam jiwa..tidak mahu lemah..tidak mahu kalah dan mengalah..tidak mahu terus-terusan rebah..

Ya Allah, kuatkan kami menghadapi UjianMu..kurniakanlah kami sifat sabar yang sebenar2nya..Amin..

1 comments:

Anonymous said...

Bersabarlah dan kuatkan kesabaranmu ;)

Post a Comment