Thursday, May 26, 2011

Link to.... each other

Tadi saya rasa down.. sebab banyak kerja.. kerja RA, kerja lab, preparation untuk masters, kerja part time dan termasuk juga kerja2 dakwah. Oh Allah penat sungguh, tak terkejar nak buat semua. rasa sangat serabut, ditambah dengan niat yang kadang2 menyerong. hati perlu terusan2 beristighfar, mohon diampunkan dari kelalaian serta niat yang tidak baik.


So kalau down, apa yg saya biasa buat? dengar lagu..lagu nasyid ;) Alhamdulillah, ada bait2 lirik yang memberi motivasi dan memberi peringatan bahawa Allah itu sentiasa ada utk kita mengadu dan mohon pertolongan serta berharap. then, sambil2 dengar lagu nasyid, google akan menjadi tempat saya menaip apa2 sahaja perkataan untuk memberi motivasi. Alhamdulillah, hari ini menaip perkataan 'kembara hidup'. Pantas saja tangan ni klik kat tajuk-tajuk yang menarik. sehingga saya sampai ke sebuah blog ini. subhanallah, tak sia-sia saya membaca dan mengamati hasil tulisannya. bernas dan sangat megngisi rohani insyaAllah. penulisnya seorang perempuan. oh bila baca-baca lagi, ada pasal PEMBINA, ISMA, dan KRIM. subhanallah, jumpa blog akhawat rupanya.. scrooll lagi sambil membaca..subhanallah, jumpa link ke blog sendiri di bawah description akhwat. oh itu blog saya BIDADARIBESI.. lantas hati berdetik. siapakah dia? kenal ke? baca-baca lagi pasal penulis blog..nampaknya saya tak mengenali beliau. apa yg pasti, kami berada dalam satu jemaah dan saya berasa amat2 gembira. bukan selalu blog hopping ke blog akhwat sendiri..hehe..Alhamdulillah.jumpa satu, boleh tambah kenalan di alam maya. Hopefully saya akan kenal pemilik blog ini suatu hari nanti. mungkin akan ada program2 yang bakal menemukan kami? harap Allah izinkan kami bertemu. amin~


terasa kecik je dunia ni sebenarnya..kita semua kadang2 saling berkaitan. itulah tautan hati hadiah dari Allah.


0 comments:

Post a Comment