Monday, October 12, 2009

Telah 8 tahun..

Telah 8 tahun dia pergi..
Telah 8 tahun aku bersendiri..
Telah 8 tahun kami sentiasa merindu..
Telah 8 tahun kisah duka itu berlalu..
Sejak itu..
Dia tiada lagi disisiku..
Untuk tersenyum bersamaku..
Untuk mendengar segala ceritaku..
Untuk memujukku..
Aku rindukannya..
Aku rindukannya senyumannya yang melegakan..
Aku rindukan wajahnya..
Aku rindukan pelukannya..
Aku rindu untuk mencium tangannya..
Aku rindukan nasihat dan kata-kata semangatnya..
Dan aku rindukan kasih sayangnya..
Ya Allah..aku benar-benar rindukannya...
Sejak dia tiada..
Aku tiada lagi tempat untuk meluahkan segalanya..
Tiada lagi tempat untuk mengadu segala masalah di hati..
Tiada tempat untuk bercerita itu dan ini..
Sejak itu..
Segalanya cuba disimpan di dalam hati..
Disimpan sendiri..
Ditanggung sendiri..
Segala ditanggung sendirian oleh hati..
Terasa sungguh kehilangannya saat ini..
Pernah aku bertanya..
Pernah aku mempersoalkan takdir Ilahi..
Kenapa Allah mengambilnya dari aku?
Kenapa secepat itu..?
Kenapa Allah memilih aku dan adik2ku untuk kehilangan seorang ibu..?
Kenapa..?
Namun tika itu segala pesoalan itu hanya hanyut tanpa jawapan..
Kami masih kecil untuk menerima ketentuan takdir..
Kami hanya pasrah membiarkan jasad ibu dibawa pergi..
Aku masih belum puas menerima kasih sayangnya..
Aku masih muda untuk ditinggalkan..
Aku masih belum sempat untuk membalas jasanya..
Aku masih memerlukannya..
Saat ini dan tika ini..
Saat hatiku dan imanku hebat duji Ilahi..
Saat aku hampir lemah tak mampu lagi berdiri..
Aku benar2 inginkan dia disisi..
Aku inginkan dia untuk memujuk hati yang melara ini..
Aku perlukannya untuk menenangkan jiwa yang lemah ini..
Ya Allah..
Jangan Kau biarkan aku sendiri lagi..
Hanya padaMu jualah aku menyerahkan diri..
Kurniakanlah segala yang terbaik untuk hambaMu yang byk khilaf ini..
Bimbinglah hambaMu ini..
Untuk meneruskan langkah-langkah2 ini..
Walaupun tanpa ibu yang disayangi di sisi..
Telah 8 tahun dia pergi..
Namun aku masih menangisi..
Hanya doa yang mampu kukirimkan..
Untukmu ibuku..
Moga ibu aman dan tenang di sana..
-Al Fatihah-

7 comments:

tun_telani said...

Al-fatihah..

hope i was there to give u a hug..
moga kekuatan n ketabahan sentiasa didalam diri..

love,
k'awe

PemudiPlatinum said...

salam bidadari besi..

sebak membaca puisi luahan hati ini.. moge kau tabah wahai sahabat! moge Allah mengisi kekosongan itu cepat. insyaAllah..

kau terpilih, kerana Allah tau kau mampu, dan Dia jualah yg memberi kekuatan pd mu.. moge kau terus kuat, terus tabah, terus istiqamah menyerahkan diri pd Yg Esa, Yg Mencukupkan, Yg Penyayang antara segala yg penyayang..

salam sayang,
sahabatmu.. :)

Bidadaribesi said...

Jazakillah kak awe

I really need someone who understand me rite now..
Being so sad n depress, really need ur hug~

Doakan saya terus kuatn tabah ye..

Bidadaribesi said...

Jazakillah sahabatku..

Kekuatan & ketabahan itu kini kian hilang dan berkurang..

Semoga Allah terus membimbingku..Amin..

Hanya kasih sayang Allah yang aku harapkan..

Doakanku~

Anonymous said...

salam kak farah.

hugs tightly for u!

semoga terus tabah menghadapi ujian dari Allah.

sayang kak farah,lillahi! <3

hurun een said...

Salam ukhti,

Berat mata memandang, pastilah berat bahu yang memikulnya...semoga ketabahan dan keredhaan sentiasa bertahta di hati...
InsyaAllah, perpisahan di dunia bakal diakhiri dengan pertemuan di akhirat nanti..
Moga pertemuan yang dinanti kelak adalah pertemuan terbaik, persiapkan diri & hiasilah amalmu agar ianya menjadi kalungan2 permata buat insan yang dirindui..
Sesungguhnya, setiap amalmu di dunia ini mengalir buat insan yang kau kasihi, meski dia pergi dahulu...

Bidadaribesi said...

Jzkk ain dan kak huruneen~

Terharu dgn kata2 semangat2 dari kalian..

Ye, sy mesti terus kuatkan semangat..doakan sya kuat selalu~

Post a Comment