Wednesday, October 21, 2009

Dedikasi khas untuk sahabatku


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

8 comments:

Shakina Farhan said...

best2..ukhwah fillah abadan abada..:)

Bidadaribesi said...

Rindu kamu.. ^0^

Bidadaribesi said...

Dedikasi khas buat semua insan yang pernah hadir dalam hidupku tak kisahlah sekejap atau lama..rindu untuk bertemu yg jauh n telah terpisah n d same time sangat menyayangi insan2 yang berada di depan mata saat ini..Ya Allah kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..AMin~

Anonymous said...

bagus, very original.. minta izin utk pinjam sometime. i'll refer it back here.

Jzk

hurun een said...

sweet ^_^ tahniah ukhti, bakat besar dalam berkarya

Bidadaribesi said...

Hurm..Karya ni adalah hak milik penulis asalnya..tidak pasti siapa penulisnya tapi artikel asal ni dapat dari iluvislam..

Karya sy x kan jadi sebagus n sebest ini..huhu

walobagaimanapun, kata2 dalm puisi ni sgt2 sy maksudkan.. ;)

Anonymous said...

salam,
Kiranya ingatanmu singgah padaku,
kirimlah sepotong doa tika itu,
moga masih ada pertemuan selepas ini,
jika tidak di dunia fanaa ini,
di jannatul firdaus yg kekal abadi~

suke rangkap ni n sedikit tersentuh hati ini..
iA doa sy buat BB slalu shj mengiringi tiap kali minda teringat pd BB...
smoga allah memanjgkn umur kita utk berjumpa lg...jika x, mohon maaf atas sgl salah silap krn diri ini tidak pernah lari dr melakukan kesilapan dan dosa....
uhibbuki fillah~

Bidadaribesi said...

wslm..

perpisahan tu mmg takkan lari..
setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan..
kalau x sementara, pasti yg kekal abadi..huhu

Jzkk pada yg sering mengingati dna mendoakan..
terharu dgn ucapan anonimos ni..huhu..

Moga Allah sentiasa menyatukan hati-hati kita..AMin~

Post a Comment