Sunday, July 12, 2009

Catatan uuntuk diri



Mahu menyumbang sesuatu di sini..
Tapi apa ye?
Banyak sebenarnya yang nak dikongsi..
Ilmu, Pengalaman, Nasihat & anything yg bermanfaat..
Tapi waktu seperti mencemburui bidadaribesi..
Ilham juga mungkin tidak diizinkan sepenuhnya oleh Nya..
Tiada idea.. tut..tut..(antenna x cukup bateri)
Kekurangan kata2 yg bermanfaat..
Kepenatan menguasai diri dan otak..
Berfikir yang tiada penghujungnya?
Pelupuk mata juga sudah layu..
Kerja2 lain perlu diutamakan juga..
Banyak..
Tidak terhitung jumlahnya..
Betullah : Tanggungjawab itu melebihi waktu yang kita ada..
tapi mungkin juga salah sendiri yang tidak pandai menguruskannya??

Sudah cuba yang terbaik, namun amanah2 itu dirasakan semakin bertambah..
Bebanan di bahu kini makin berat..lemah..tak berdaya..
Masih banyak yang belum dilaksanakan sepenuhnya..
Sudah datang pula yg baru..
Itulah hakikat..perlu diterima..
Sbb sudah pasti DIA tahu itu yg terbaik untuk hambaNya..
Dan kita tidak dibebankan dengan beban yg melebihi kesanggupan kita..
Sebenarnya kita boleh..kita mampu..

cuma mahu atau tidak sahaja..
Nak seribu daya, tak nak, banyak la dalihnya..
tp hakikatnya, kekuatan itu adalah pemberianNya..
tanpa kekuatan, pertolongan & hidayah dari Allah sebenarnya kita tidak akan mampu utk berbuat kebaikan apa pun..
Maka pohonlah kekuatan & pertolongan dari Yg Maha Kuat..
InsyaAllah, pasti Dia akan bagi..

Kerana DIA yg Maha Penyayang itu sgt sayangkan hamba2Nya..
dan DIA akan menolong hambanya yang menolong agamaNya..
Betulkan Niat..
Terus Berusaha..
Terus istiqamah..
Terus Berharap..
Terus Yakin..

0 comments:

Post a Comment