Saturday, July 18, 2009

Teguhkanku di langkah ini


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim]

Hadith nombor 4 dari kumpulan hadith 40 imam nawawi ini agak panjang dan detail merangkumi peringkat-peringkat kejadian manusia, saat roh ditiupkan, tentang ilmu Allah yang amat luas (MasyaAllah), dan juga tentang qadar Allah. Saya tak berniat untuk mengupas ttng hadith ni kerana kecetekan ilmu saya dan ia agak panjang utk dikupas (bercakap dari pengalaman, insyaAllah boleh bincang dalam usrah ;] ) Beberapa hari lepas, kami cuba recap balik hadith2 yang telah dipelajari, Alhamdulillah tambah kefahaman lagi dan tambah ilmu baru jugak lagi. Alhamdulillah, atas kurniaan ilmu ni.. ;)

Saya cuma nak berkongsi sesuatu berkenaan bahagian terakhir hadith ni. Cuak kan masa baca?Risau2 sbb walaupun kita rasa dah cuba buat amalan2 yang Allah suruh tapi andai amalan terakhir kita ialah amalan ahli neraka, ia akan memasukkan kita ke neraka! Naudzubillah.. Risau, takut, gerun, gelisah dan sebagainya. Andai sekarang kita sentiasa dipermudahkan untuk melakukan kebaikan, kita tidak boleh merasa selesa dan cukup dengan keadaan ini kerana kita tidak tahu bagaimana kita pada masa akan datang. Adakah akan kekal di jalan yang lurus ataukah kita akan terpedaya dengan godaan dunia lalu hanyut dari jalan yg sepatutnya? Maka, kita harus terus berusaha untuk istiqamah dalam amalan dan sentiasa berdoa agar hati kita thabat di jalanNya dan semoga hati kita tidak dipalingkanNya setelah Dia memberi kita petunjuk. Amin~

-Teguhkanku di langkah ini-

0 comments:

Post a Comment