Tuesday, July 7, 2009

Pemilihan nama


Pertama kali melihat gambar bidadaribesi (versi kartun) yg diambil dari iluvislam.com, saya sudah jatuh hati. Di samping kecomelan rupanya dan pakaiannya yg melambangkan kepahlawanan bersama sebilah pedang membuatkan saya kagum & tersuka walaupun ia hanyalah sekeping gambar biasa (bg sesetengah org). Lalu nama itu menjadi 'trademark' baru saya. Mahu jadi segagah bidadaribesi. Mahu jadi kuat, bukan sahaja dr segi fizikal, yg plg penting kuat dari segi mental & emosi. Sbg wanita, kekuatan 2 elemen ini sangat penting untuk sentiasa rasional dalam byk perkara esp di saat2 genting/darurat/tertekan dsb.
******************************************************************************

Tajuk blog ini : Ijlis Bina Nu'min Sa'ah pula dipetik dari buku Al-Muntalaq (Titik Tolak) bermaksud Marilah kita duduk utk beriman sejenak;

Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang
telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman. Beliau
telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:

Marilah kita duduk
untuk beriman sejenak


Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu
Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad-Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:

Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat
berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.
Sebagai manusia, iman itu amat mudah berubah, boleh naik malah boleh juga turun. Iman akan naik apabila kita melaksanakan ketaatan kepada Allah manakala iman juga boleh berkurang apabila kita melakukan maksiat. Disebabkan hati dan iman yg mudah berubah ni, kita amat digalakkan untuk mengambil sedikt ruang waktu dari kesibukan kita untuk duduk sejenak, memuhasabah diri sambil me'recharge' balik iman kita ni sbb iman kita x constant macam malaikat. Oleh sebab tu, sy mewajibkan diri saya sendiri utk menghadiri majlis2 ilmu yang dapat mengingatkan sy kpd kebesaran Allah, mendengar tazkirah, dtg usrah/halaqah selain mendengar halwa telinga yg memuji Allah dan mentaddabbur ayat2 Allah. Harapan sy juga agar blog ini dapat menjadi salah satu tempat singgahan untuk merecharge iman insyaAllah.Semoga terus istiqamah untuk melakukan semua ini.
"Ya Allah, Jangan Engkau Palingkan Hati ini Setelah Engkau Beri Hidayah..Amin~"

1 comments:

Bidadaribesi said...

testing letak komen kat blog sendiri~ hehe

Post a Comment