Monday, July 27, 2009

Mampukah aku?


"Rasa nak berubah la.." kataku
"Eh kenapa lak ni..nak berubah apanya?" tanya seorg sahabat..
"Nak jadi pendiam sket.." ujarku sambil tersenyum atau lebih benar lagi sambil tersengih..
"Hahaha..sudahlah..x yah la..nanti sunyi lak kalau kau x bercakap..haha" dia tergelak kecil..
"Serius ni, aku perlu mengehadkan percakapan dan perkataan ku.." tungkasku ringkas tapi agak tegas..
Dia tersenyum lagi..Lagaknya seperti tidak percaya dengan azam baru yg ku lafazkan..
"Lidah ni sudah terlalu banyak berkata-kata..Kadang2 mengundang padah kepada si pendengar. Bisa mencalarkan hati. Boleh mengundang prasangka dan salah faham.." ujarku dengan nada menyesal..
Sahabatku itu terdiam..Mungkin mengiyakan di dalam hatinya akan kebenaran kata2ku sebentar tadi? wallahu'alam..Bukan dia tidak kenal akan aku..malah kenal benar siapa aku..mungkin?
"Betulkan apa yg aku cakap ni? mungkin hati kau juga sering tercalar dengan lafaz2 yg lahir dariku? Maafkan aku andai benar kata-kataku selalu sahaja merobek hati kau..Maafkan aku sahabatku.." Ujarku dengan nada sebak yg berbaur..Lantas kami berpelukan..Erat..


******************************************************************************

Terlintas di mindaku beberapa kupasan hadith (ke 29 daripada hadith 40 imam nawawi) yang kubaca berkaitan dengan akibat lidah ni..Hadith tersebut menyentuh perihal nikmat Allah yg tak ternilai iaitu lidah..Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.


Astaghfirulllah..telah banyak hati2 yg telah tercalar akibat lidah ini. Bukankah lidah ini sepatutnya menuturkan kata-kata yang baik, yang boleh mengingatkan manusia akan kebesaran Allah yg Esa, yang sepatutnya lemah lembut dan kaya dengan nasihat, yang boleh melembutkan hati manusia dan lantas manjadikan ukhhwah itu semakin indah dan rapat. Bukankah kata2 hasil lidah yang lahir dari seorg pembawa risalah itu sepatutnye menyenangkan hati sang pendengar, berhikmah, benar dan kaya dengan peringatan yg bermanfaat..?


Tetapi sebaliknya lidah ini telah menyinggung hati banyak pihak, menjauhkan dua hati yang sebelum ini dekat, menimbulkan prasangka2 yg tidak baik, mencalar dan melukakan hati2 yang tidak bersalah. Lidah ini seringkali melafazkan kata2 yang sia-sia, dan lebih teruk lagi kadang2 mengundang murka yg Esa..Astaghfirullah..


******************************************************************************


"Boleh ke kau jadi pendiam? Macam x caya je..hehe" sahabatku bertanya..sangsi barangkali..Kenal benar akan aku yg byk cakapnya ni..Jarang senyap..Senyap hanya ketika marah atau ketika emosi tidak stabil. Senyap yg pelik..

"Kenapa? tak percaya?.."Aku menjawab dengan gurauan..

"Percaya je..tapi mesti janggal kalau kau x bercakap byk mcm biasa"dia menjawab kembali.. ;)

"Aku akan cuba meminimumkan kata2 ku kpd yg perkataan yg bermanfaat..atau kalau bercakap banyak tu time bg nasihat ke..sanngup ke kau mendengar nasihat atau leteran aku?" aku sekadar menduga..

"Speak a good word or remain silent.."ujarnya,ringkas tapi padat maknanya..

"insyaAllah..aku cuba utk baiki apa yg patut..kau kena bantu aku jugak tau..tegurlah kalau aku tersalah.."kataku sayu..

"InsyaAllah, kita bersama2lah baiki diri.." jawabnya seraya tersenyum.. ;)


2 comments:

Ghazwanie as-Sabahi said...

hikmah diam:-
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Kehebatan tanpa kerajaan.
3. Benteng tanpa pagar.
4. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
5. Perhiasan tanpa berhias.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

p/s: nak kurangkan bercakap perkara yg tak memberi manfaat.

Bidadaribesi said...

Jazakillah Ghazwanie 4 d reminder..huhu..
Nk mintak Ghazwanie acces la pencapaian azam baru penulis ni.hehe..NNt boleh story2 if sy menomad ke rumah anda ye.. =)

Post a Comment