Wednesday, July 15, 2009

Gempa kecil

Semasa sedang membaca artikel di laptop, tiba2 terasa sesuatu yang pelik. Pening! Kepala mcm berpusing2 dan rasa seperti nk pitam. Kemudian sy merasa seperti bergoyang2 sambil melihat sekeliling,badge JUNZ kelihatan bergoyang2, begitu juga botol air di atas meja. Eh, apsal ni..mcm pelik jeh..Lalu berlari ke bilik sebelah. Rupanya housemate juga mengalami perkara yang sama. Gempa bumi! tapi kecil je.MasyaAllah, first time rasa walaupun kecil.huhu..Cuak & risau juga. Begitu rupanya perasaan ketika dilanda gempa bumi. Bagaimana la ek kalau yg sampai bangunan2 semua roboh. Mesti perasaan masa tu sgt menakutkan! Huhu..

Baru je rasa sikit tp sy serius dah mula rasa takut. Astaghfirullah, sungguh kerdil diri ini, baru shj diuji dgn gempa yg amat2 kecil dah mula takut, bagaimana pula kalau hari kiamat tiba. Pasti lebih2, malah super duper & extremely menakutkan. Hanya perlindungan Allah yang diharapkan masa tu. Memang tidak ada tempat utk menyelamatkan diri. Astaghfirullah kerdil dan lemahnya manusia ini tapi masih berani untuk mengingkari Allah..

Alhamdulillah gempa yang kecil ni mengingatkan kembali diri ini hanyalah hamba nan lemah dan bahawa sungguh Allah itu Maha Besar & Maha berkuasa atas segalanya.

Firman Allah : Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. [Al Baqarah : ayat 155]

Bersama muhasabah diri..

0 comments:

Post a Comment