Monday, November 16, 2009

Aku hanya akan hidup pada hari ini

Mata yang mengantuk di kala membaca pdf La Tahzan cuba ditahan sebaiknya. Kalau boleh, mahu benar2 memahami apa yang dibaca, supaya dapat terus menusuk ke hati..baca, baca dan terus membaca..laju sahaja kerana dalam bahasa ibunda sendiri..dan tiba-tiba terjumpa satu baris ayat magic ; AKU HANYA AKAN HIDUP PADA HARI INI..merupakan salah satu ayat motivasi diri ku kira..cuba kita baca lagi ayat magic tersebut..ada makna besar yang tersirat disebaliknya..



Bayangkan orang yang punya penyakit, yang sekurang-kurangnya dapat mengagak bila dia akan mati, setahun, 6 bulan, sebulan, 2 minggu, 5 hari dan seterusnya hingga hanya tinggal sehari sahaja lagi jangkaan masa untuk terus hidup..apa yang bakal dilakukannya..? pasti dia akan memanfaatkan masa yang dia ada untuk meraih mardhatillah (redha Allah)..pasti dia akan berdoa agar dihapuskan dosa2 dan juga berdoa bersungguh-sungguh bagi mengelakkan neraka Allah dan cuba meraih syurgaNya. Bagaimana pula dengan kita? yang dilihat sebagai orang yang sihat, tiada penyakit, aktif bergerak ke sana ke mari? Sudah pasti merasakan mati itu sgt jauh dari kita yg kononya sihat ini walhal mati itu boleh jadi pada bila2 masa sahaja. Maka, prinsip AKU HANYA AKAN HIDUP PADA HARI INI sekurang-kurangnya dapat membantu sang sihat untuk memanfaatkan hari yang dilalui..



Prinsip AKU HANYA AKAN HIDUP PADA HARI INI dapat menyibukkan kita dengan perkara-perkara yang dpt mendekatkan diri kita dengan sang Pencipta. Beribadah seolah2 tiada lagi hari esok untuk kita mempersiap bekalan. Memohon ampunanNya dengan penuh harap kerana bimbang andai tiada lagi hari esok untuk memohon ampun. Menunaikan hak2 saudara, jiran dan rakan2 seboleh2nya kerana bimbang tiada lagi hari esok untuk melunaskan hak-hak dan amanah yang dipikul..berbuat baik kepada kedua orang tua, adik beradik serta saudara seislam kerana bimbang tidak berkesempatan lagi utk berjasa kepada mereka pada hari esok...dan prinsip ini akan mengingatkan kita bahawa ; "Hanya hari ni aku berkesempatan untuk melakukan kebaikan.." Maka kita akan termotivasi untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan mengoptimumkan kebaikan..



Masukkan prinsip ini ke dalam kamus kehidupan, insyaAllah pasti kita tidak akan mensia-siakan hari-hari yang kita lalui dan lupakan kesedihan yang dialami kerana tiada masa lagi untuk bersedih andai hari ini sahaja yang dapat kita manfaatkan sebelum kita dijemput oleh Ilahi~

0 comments:

Post a Comment