Wednesday, November 11, 2009

Doa malam ini

Good girl prays to Allah


Ijlis Bina Nu'min Sa'ah..Mengajak diri yang sayu dan layu untuk duduk sejenak bagi me'recharge' iman..Segan sebenarnya andai intipati dalam blog ini tidak menepati nama yang dinukilkan untuk blog ini. Menulis bagi saya bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi untuk menghasilkan penulisan yang bermanfaat kepada pembacanya. Namun saya cuba yang terbaik. Kalau tiada idea, maka seringlah penulisan saya terhenti di pertengahan jalan lagu terkumpullah draft-draft yang minta disiapkan. Saya suka menulis dan membaca penulisan atau karya-karya orang lain. Dulu sukakan novel tetapi hari ini lebih suka membaca blog. Kebanyakan blog-blog yang dibaca biasanya ialah luahan hati yan diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Samalah mcm yang sering saya lakukan. Menulis luahan hati sendiri cuma tidak semua la diluahkan di 'open diary' macam ni. Kadang-kadang perlu juga meluahkan sesuatu secara tertutup. Biar Allah sahaja yang tahu~

Lepas Maghrib tadi terjumpa satu doa yang amat terkesan di hati saya di saat membelek buku hadith 40 imam nawawi; insyaAllah mari kita sama-sama amalkan ye ;)
"Wahai Tuhanku,berilah kepada kami (rasa) takut kepadaMu yang boleh menghalang kami daripada melakukan maksiat kepadaMu, kurniakanlah kepada kami ketaatan kepadaMu yang boleh menyampaikan kami kepada kasihMu dan kurniakanlah kepada kami keyakinan yang memudahkan kami menanggung kesusahan dunia"
Amin, ya Rabbal 'Alamin.....
Saya rasa intro dan doa diatas tidak la berkaitan sgt..Sape rasa apa yang saya rasa ni? ;) Harapan asal mahu meluahkan perkara lain tetapi nampaknya doa di atas lebih utama untuk dikongsi bersama..Semoga bermanfaat ;)

5 comments:

hurun een said...

Sy juga suka membaca hasil tulisan bidadari besi. Moga2 Allah kurniakan lebih ramai akhawat yang berkebolehan mengatur penulisan dgn pemilihan kata2 yg baik serta ayat2 yg indah dibaca, juga mampu menyentuh hati di kala kegersangan ^o^

Bidadaribesi said...

Jzkk atas komen membina..Berat tugas tu sebenarnya, lagi2 penulisan yang mampu menyentuh hati di saat kegersangan suapan rohani,huhu..tiada daya melainkan dengan pertolongan Allah jua ;) insyaAllah akan cuba yg terbaik..

padi hijau said...

padi likes this! jzkk ya ukht atas perkongsian doa!

Bidadaribesi said...

wa iyyaki!~ Saudari dah discover doa tu terdapat dalam doa khatam quran padi tadi kan..? ;)

tun_telani said...

aminn ya Rabbal alaminn

Post a Comment